• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Acer Swift Go 14 Malaysia: Laptop dengan AMD Ryzen siri 7000 pada harga bermula RM3,199

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:16 am
  • 17/04/2023
  • Komen
Acer Swift Go 14 Malaysia: Laptop dengan AMD Ryzen siri 7000 pada harga bermula RM3,199
Share on FacebookShare on Twitter

Acer Malaysia telah mengumumkan kemas kini penawaran siri Swift Go 14 mereka. Penawaran kali ini adalah laptop bertahap mobiliti tinggi dalam versi AMD untuk memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna selain versi Intel yang sudahpun mereka tawarkan buat beberapa ketika.

Harga Acer Swift Go 14 di Malaysia

Acer Swift Go 14 ditawarkan dalam beberapa spesifikasi. Varian paling murah harganya RM3,199 dan spesifikasinya adalah seperti berikut:



  • AMD Ryzen 5 7530U
  • RAM 8GB
  • Storan 512GB SSD NVMe Gen4

Varian yang paling tinggi harganya adalah RM3,999 dan spesifikasinya adalah seperti berikut:

  • AMD Ryzen 7 7730U
  • RAM 16GB
  • Storan 512GB SSD NVMe Gen4

Laptop-laptop ini sudahpun disenaraikan di laman rasmi Acer dan ia juga akan dijual di Lazada dan Shopee. Cuma tarikh jualannya sahaja belum diumumkan secara khusus. Menurut Acer, produk-produk ini akan mula dijual penghujung April 2023 ini.



Spesifikasi Acer Swift Go 14

Dalam siri Acer Swift, varian Go adalah barisan laptop dengan tahap portabiliti yang tinggi. Jisim badannya cuma seberat 1.25kg dengan hayat bateri sehingga 13 jam lamanya. Ia amat sesuai untuk digital nomad yang penggunaan komputernya adalah pada tahap kasual dan tak perlukan kuasa pemproses yang bertahap gaming.

Di bahagian muka Acer Swift Go diberkan panel IPS beresolusi FHD sebesar 14”. Papan kekuncinya ada lampu latar untuk memudahkan kerja dilakukan dalam kawasan yang malap.

Atas papan induk, laptop ini diperkasa sama ada AMD Ryzen 7 7730U ataupun Ryzen 5 7530U. Kapasiti RAM juga ditawarkan dalam dua pilihan iaitu RAM 8GB ataupun 16GB. Merentasi varian, ruang sotran yang disediakan adalah sama pada 512GB menggunakan storan SSD NVMe Gen4, terpantas dalam pasaran setakat ini.

Penawaran port I/O laptop ini agak pelbagai. Anda berolah 2 USB-A dan 2 USB-C yang dalam kalangannya, ada yang menyokong teknologi Thunderbolt 4. Anda juga beroleh port HDMI bersaiz penuh bersama-sama satu jek audio 3.5mm. Pengecasan dilakukan melalui salah satu port USB-C yang disediakan.

Bacaan berkaitan

Acer Aspire 7 Malaysia: Laptop dengan Core i5 Gen-12 dan GTX1650 pada harga RM3,199

Tags: Aceracer swift goacer swift go 14
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Acer Swift Go 14 Malaysia: Laptop dengan AMD Ryzen siri 7000 pada harga bermula RM3,199

Acer Swift Go 14 Malaysia: Laptop dengan AMD Ryzen siri 7000 pada harga bermula RM3,199

17 April 2023
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER