• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Semak cadangan waktu perjalanan Raya di laman web PLUS, elak tempuh jalan sesak

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:24 pm
  • 18/04/2023
  • Komen
Semak cadangan waktu perjalanan Raya di laman web PLUS, elak tempuh jalan sesak
Share on FacebookShare on Twitter

Hari Raya Aidilfitri akan tiba beberapa hari sahaja lagi. Pasti ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang akan ambil peluang ini untuk pulang ke kampung dan pergi bercuti. Jadi, sudah tentu lebuhraya akan dibanjiri kenderaan berikutan cuti umum ini.

Untuk mengelak tempuhi jalan sesak, anda boleh rancang perjalanan lebih awal dengan lihat cadangan waktu perjalanan untuk ke destinasi tertentu di laman web PLUS.



Anda cuma perlu pilih jenis perjalanan sama ada pulang ke kampung sebelum Hari Raya atau pulang ke bandar selepas Hari Raya. Seterusnya, pilih destinasi anda bertolak dan destinasi yang ingin dikunjungi berdasarkan tol masuk dan keluar lebuhraya PLUS. Kemudian, tarikh dan cadangan waktu perjalanan akan dinyatakan di situ.

Apabila saya pilih lokasi secara rawak, semuanya menyatakan cadangan masa untuk bertolak ke destinasi adalah sebelum 9 pagi. Tidak pasti sama ada laman web ini ada masalah atau memang orang ramai dicadangkan begitu.



Jadi, sebagai langkah untuk mengelak daripada tersekat dalam kesesakan jalan raya, berikut 5 perkara boleh anda lakukan:

  1. Elak guna jalan raya semasa waktu puncak
  2. Semak laluan alternatif di peta dan guna GPS
  3. Ikuti perkembangan lalu lintas, seperti peka dengan pertukaran lampu isyarat
  4. Guna motor atau pengangkutan awam
  5. Dengan radio untuk ketahui status dan keadaan trafik

Jika anda terpaksa memandu dalam jalan yang sesak, ingat untuk sentiasa pandu dengan selamat dengan mengikut langkah ini:

  1. Pandu dengan tenang. Elak memandu secara agresif contohnya kerap bertukar lorong
  2. Jaga jarak dengan kenderaan lain. Kekalkan jarak selamat dengan sekurang-kurangnya dua saat dengan kenderaan di hadapan
  3. Kekal fokus semasa memandu. Elak melakukan perkara yang boleh ganggu tumpuan seperti makan, menukar stesen radio atau guna telefon
  4. Kenalpasti titik buta untuk elak langgar kenderaan lain semasa tukar laluan

Bacaan berkaitan

  • TIPS: 5 perkara boleh anda buat elak kesesakan jalan raya
  • TIPS: Cara pandu dengan selamat dalam jalan yang sesak
  • TIPS: Periksa 6 perkara penting ini di kereta anda, sebelum mulakan perjalanan di Hari Raya
  • Raya 2023: Elak sesak di jalan raya, ikuti 18 akaun medsos ini untuk info trafik terkini
Tags: Hari Rayahari raya aidilfitriplus
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Semak cadangan waktu perjalanan Raya di laman web PLUS, elak tempuh jalan sesak

Semak cadangan waktu perjalanan Raya di laman web PLUS, elak tempuh jalan sesak

18 April 2023
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN