• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Maxis, CelcomDigi, Unifi Mobile, U Mobile dan Yes beri data tambahan dan pulangan tunai untuk prabayar sempena Hari Raya

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:09 pm
  • 19/04/2023
  • Komen
Maxis, CelcomDigi, Unifi Mobile, U Mobile dan Yes beri data tambahan dan pulangan tunai untuk prabayar sempena Hari Raya
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil telah mengumumkan promosi kuota internet tambahan percuma dan pulangan tunai bagi pengguna pakej prabayar. Inisiatif ini adalah hasil kerjasama strategik antara kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi.

Terdapat lima syarikat telco yang terlibat dalam inisiatif ini. Ia adalah Maxis, CelcomDigi, Unifi Mobile, U Mobile dan Yes 5G. Bergantung kepada syarikat telco, tawaran promosi adalah berbeza dan anda boleh menikmati data tambahan sehingga 555GB dan pulangan tunai RM5.



Untuk pengguna Hotlink, Maxis menawarkan kuota tambahan percuma 100GB yang boleh ditebus melalui pelan HotlinkMU. Tempoh sah data tertakluk dari masa penebusan dibuat bermula 12 April hingga 15 Mei 2023.

Bagi pengguna pakej prabayar CelcomDigi, anda boleh mendapatkan pelan video HD 555GB untuk harga RM5, dan tempoh sah laku selama 4 hari. Tapi, mengikut laman rasmi Celcom dan Digi, ia menunjukkan pas tersebut boleh ditebus melalui kedua-dua pakej pascabayar dan prabayar, tapi hanya sah selama 3 hari. Promosi ini sah sehingga 15 Mei 2023.



Unifi Mobile pula memberikan pulangan tunai RM5 apabila anda membeli pelan prabayar bulanan tanpa had 4G/5G mereka. Ia turut menawarkan pelan data 4G dan 5G tanpa had dan panggilan tanpa had selama 30 hari pada harga RM35. Walau bagaimanapun, penting untuk anda tahu bahawa terdapat FUP 60GB. Tawaran ini sah sehingga 31 Mei 2023.

U Mobile menawarkan bonus 10GB data tambahan pada pelan Pakej Perpaduan yang memberikan data 30GB, sah selama 6 bulan pada harga RM30. Promosi ini sah sehingga 31 Mei 2023. Akhir sekali, Yes memberikan bonus 44GB data selama 7 hari secara percuma. Tawaran tersebut sah sehingga 15 Mei 2023.

Fahmi mengingatkan juga, tawaran yang diberikan ini tertakluk kepada terma dan syarat syarikat penyelia perkhidmatan dan menasihatkan pelanggan untuk merujuk kepada syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat lebih lanjut. Usaha ini adalah selari dengan konsep RAHMAH dalam meringankan kos sara hidup pada masa yang sama mengutamakan kebajikan rakyat.

[Sumber: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil]

Tags: CelcomDigimaxisMenteri Komunikasi Dan Multimedia MalaysiaSKMMumobileUnifi mobileyes 5g
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Maxis, CelcomDigi, Unifi Mobile, U Mobile dan Yes beri data tambahan dan pulangan tunai untuk prabayar sempena Hari Raya

Maxis, CelcomDigi, Unifi Mobile, U Mobile dan Yes beri data tambahan dan pulangan tunai untuk prabayar sempena Hari Raya

19 April 2023
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN