• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy Z Fold 5 dan Z Flip 5 mungkin dilancar lebih awal, di tempat jauh berbeza dari sebelumnya

  • OLEH Najib
  • 4:46 pm
  • 25/04/2023
  • Komen
Harga rasmi Galaxy Z Fold 4, Z Flip 4 & Bespoke Edition di Malaysia diumum lebih mahal
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah menjadi tradisi Samsung untuk mengadakan dua majlis pelancaran peranti flagship, dalam masa setahun. Sebelum ini, awal tahun adalah pelancaran Galaxy S dan separuh kedua pula pelancaran Galaxy Note. Ia kemudian diganti dengan pelancaran Galaxy Z pada separuh kedua tahun, selepas Galaxy Note ditamatkan penghasilannya.

Kini, ura-ura tentang pelancaran Galaxy Z Fold 5 dan Z Flip 5 dalam masa beberapa bulan akan datang telah mula kedengaran. Tetapi kali ini, ia dikatakan akan diadakan lebih awal serta dibuat di tempat berbeza dari sebelumnya.



Sammobile melaporkan, Samsung dijangkan mengadakan majlis pelancaran Galaxy Unpacked akan datang, pada akhir bulan Julai 2023. Mereka menjangkakan tarikh pelancarannya sekitar 25 ke 27 Julai 2023. Tahun lepas, Galaxy Z Fold 4 dan Z Flip 4 dilancar pada 10 Ogos 2022. Manakala model sebelumnya, Galaxy Z Fold 3 dan Z Flip 3 dilancar pada 11 Ogos 2021. Tarikh pelancaran awal ini dikatakan dibuat oleh Samsung untuk mengatasi pesaing lain yang turut mula melancarkan peranti boleh lipat. Antaranya Google sendiri. Dengan melancar lebih awal, Samsung akan dapat menarik pembeli lebih awal, sekaligus merampas bakal pembeli yang berkira-kira untuk mendapatkan peranti boleh lipat tahun ini.

Lebih menarik lagi, Samsung dikatakan memilih lokasi yang jauh berbeza untuk acara pelancaran ini. Tidak lagi di New York, Amerika Syarikat atau Barcelona, Sepanyol, tetapi khabar angin kuat mengatakan ia akan diadakan di Busan, salah satu bandar utama di Korea Selatan. Perubahan tempat ini dibuat untuk memberi sokongan kuat kepada usaha Korea Selatan untuk menjadi penganjur Ekspo Dunia 2030.



Galaxy Z Flip 5 dijangka akan dilengkapi skrin luar lebih besar, berukuran 3.4-inci. Manakala Galaxy Z Fold 5 akan kekal dengan skrin 6.2-inci di luar, tetapi dengan saiz lebih nipis dan pendek, kerana bingkainya juga lebih kecil. Selain telefon pintar, Samsung dikatakan akan melancarkan beberapa lagi peranti lain di majlis yag sama. Antaranya jam pintar Galaxy Watch 6, fon putik Galaxy Buds serta tablet siri Galaxy Tab 9.

Kebanyakan pengeluar peranti daripada China, telah mula melancarkan peranti boleh lipat mereka di luar China tahun ini. Antaranya daripada Oppo, Huawei dan Honor. Malah, Google sendiri dikhabarkan mahu melancar Pixel Fold tidak lama lagi.

[Sumber: Sammobile, Android Authority]

Tags: Galaxy Z Flip 5Galaxy Z Fold 5samsungSamsung Galaxy Z Flip 5samsung galaxy z fold 5
Najib

Najib

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Harga rasmi Galaxy Z Fold 4, Z Flip 4 & Bespoke Edition di Malaysia diumum lebih mahal

Galaxy Z Fold 5 dan Z Flip 5 mungkin dilancar lebih awal, di tempat jauh berbeza dari sebelumnya

25 April 2023
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026
Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

3 July 2026
WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

30 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN