• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Penaja

Kenapa penting untuk anda tahu tentang “5+4+2” di telefon pintar?

  • OLEH Penaja
  • 1:57 pm
  • 25/04/2023
  • Komen
Kenapa penting untuk anda tahu tentang “5+4+2” di telefon pintar?
Share on FacebookShare on Twitter

[Artikel ini dibawakan oleh Samsung]

Heboh juga Samsung tentang telefon pintar Galaxy A54 5G dan Galaxy A34 5G mereka ada “5+4+2”. Tapi apa yang “5+4+2” ni? Perkara ni sebenarnya sangat penting. Bila dah tau, mesti susah nak pandang telefon pintar lain.

Masih belum tahu lagi? Ini maksud sebenarnya

Secara ringkasnya, 5+4+2 ni bermaksud 5 tahun, 4 kali dan 2 tahun. 5 tahun ni merujuk kepada kemaskini keselamatan. Manakala 4 kali adalah kemaskini sistem operasi Android. 2 tahun pula, adalah jaminan kerosakan peranti. Pendek kata, Samsung menawarkan jangka masa yang lebih lama berbanding pengeluar lain untuk telefon pintar terbaru mereka, Galaxy A54 5G dan Galaxy A34 5G untuk kemaskini perisian, sistem operasi dan jaminan peranti.

5 tahun kemaskini keselamatan

Dengan 5 tahun kemaskini keselamatan, pengguna tidak perlu risau menggunakan telefon ini untuk jangka masa yang lama. Ini kerana Samsung akan menampal sebarang kerentanan dan pepijat, menerusi kemaskini keselamatan sehingga 5 tahun lamanya.

Malah, Samsung juga meningkatkan tahap keselamatan menerusi beberapa ciri. Samsung Knox misalnya, menyediakan keselamatan peringkat tertinggi yang boleh digunakan semua pengguna. Selain itu, Samsung juga menyediakan papan muka keselamatan yang menunjukkan status keselamatan peranti secara keseluruhan. Pengguna boleh memilih atau menyekat aplikasi yang mana dibenarkan mengakses data.

Samsung juga ada fungsi Private Share. Dengannya, pengguna boleh berkongsi fail seperti gambar dan video kepada mana-mana penerima dengan sangat mudah, dan menetapkan kawalan seperti meletakkan had masa perkongsian serta menyekat tangkap layar.

4 kali kemaskini OS Android

Samsung menyediakan Galaxy A54 5G dan Galaxy A34 5G dengan sistem operasi (OS) terkini iaitu One UI 5.1, berasaskan Android 13. Sama seperti barisan model flagship Galaxy S dan Galaxy Z, Samsung turut menjanjikan kemaskini OS sebanyak 4 kali untuk Galaxy A54 5G dan Galaxy A34 5G.

Dengan ini, pengguna akan menerima pelbagai fungsi dan rekaan di dalam OS terbaru akan datang. Maka, tidak perlu runsing memikirkan untuk menukar telefon akibat tiada sokongan OS terbaru, kerana pengguna Galaxy A54 5G dan Galaxy A34 5G akan menerima kemaskini OS sehingga Android 17!

2 tahun waranti

Ini adalah perkara paling menenangkan pengguna. Samsung menyediakan jaminan tambahan tahun kedua untuk telefon pintar Galaxy A54 5G dan Galaxy A34 5G, secara percuma. Ia meliputi jaminan kerosakan akibat pengilangan.

Pengguna dinasihatkan untuk mendaftar produk mereka di laman web Samsung untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa kerosakan yang diliputi oleh jaminan Samsung. Selain itu, pendaftaran ini juga akan membantu mempercepatkan proses jika ada sebarang masalah berlaku.

Dengan prestasi tinggi, kamera hebat, skrin menawan dan paling utama, jaminan dan kemaskini yang panjang, tidak syak lagi Galaxy A54 5G dan Galaxy A34 5G adalah pilihan terbaik dan berbaloi. Selain itu, ia juga kalis air dan debu IP67, fungsi hebat yang tidak terdapat pada telefon pintar lain dalam kelasnya. Apa tunggu lagi, dapatkan seunit Galaxy A54 5G atau Galaxy A34 5G untuk diri anda atau pasangan dan keluarga yang tersayang. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Galaxy A54 5G dan Galaxy A34 5G.

Tags: galaxy a34galaxy a54mobilepenajasamsung
Penaja

Penaja

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Kenapa penting untuk anda tahu tentang “5+4+2” di telefon pintar?

Kenapa penting untuk anda tahu tentang “5+4+2” di telefon pintar?

25 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER