• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Harga ROG Ally tertiris, menyaingi harga Steamdeck walaupun lebih berkuasa

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:45 pm
  • 27/04/2023
  • Komen
Harga ROG Ally tertiris, menyaingi harga Steamdeck walaupun lebih berkuasa
Share on FacebookShare on Twitter

ROG Ally adalah konsol permainan tangan yang hangat diperkatakan masa ini. Asalnya disangka sebagai gurauan April’s Fool, tetapi ia adalah produk yang sebenar. Cumanya, maklumat terperinci tentangnya masih belum anda.

Berita terkini yang berlegar di Internet adalah laman BestBuy tanpa sengaja telah menerbitkan entri produk itu di gedung dalam talian mereka. Harga yang disenaraikan adalah USD699.99 (USD700).



USD700 adalah untuk varian tertinggi iaitu RAM 16GB dan storan storan 512GB. Jika dibandingkan dengan varian tertinggi Steamdeck, Ally adalah USD51 lebih mahal berbanding pesaingnya itu.

Walau bagaimanapun, ROG Ally dikatakan nyata lebih berkuasa berbanding Steam Deck bermula pada SoC yang menjadi tunjang kepada sesebuah komputer. ROG Ally bernadikan AMD Zen 4 yang dibangunkan menggunakan teknologi TSMC 4nm. Sebagai perbandingan, Steam Deck mengguna pakai teknologi Zen 2 yang agak berusia. Begitu juga dengan GPU, ROG Ally menerima manfaat daripada RDNA 3 berbanding RDNA 2 pada pesiangnya itu.



https://bm.soyacincau.com/wp-content/uploads/2023/04/230405-rog-ally-rog-xg-01.jpg

Dengan cipset yang lebih berkuasa, sepatutnya pengguna perlu jangkakan yang sistem penyejukkan perlu bekerja lebih kuat. Namun, didapati yang kipas penyejuk ROG Ally lebih senyap berbanding Steam Deck sebanyak 46%.

https://bm.soyacincau.com/wp-content/uploads/2023/04/230405-rog-ally-big-screen.jpg

Di bahagian muka, Ally memiliki panel paparan 7” bernisbah 16:9. Resolusinya adalah FHD dan tahap kecerahan setinggi 500 nits. Kadar segar semula adalah lebih baik pada 120Hz.

Untuk butang-butang fizikal, kelihatan komponen-komponen biasa sebuah pad gaming boleh anda temui seperti dua tuil arah, d-pad, butang bahu, dan beberapa butang lain. Antara yang menarik adalah port I//O yang diberikan. Anda juga terima penyambung Asus XG Mobile yang menyokong kad grafik luaran sehingga RTX 4090.

https://bm.soyacincau.com/wp-content/uploads/2023/04/230405-rog-ally-rog-xg-mobile-egpu.jpg

Setakat itu sahajalah maklumat yang kita ada tentang ROG Ally. Tarikh pelancarannya turut masih belum dikongsikan.

Tags: asusAsus ROG AllyROG Ally
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Harga ROG Ally tertiris, menyaingi harga Steamdeck walaupun lebih berkuasa

Harga ROG Ally tertiris, menyaingi harga Steamdeck walaupun lebih berkuasa

27 April 2023
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN