Artikel ini dibawakan oleh Samsung Malaysia
Samsung Galaxy S23 Ultra dilengkapi dengan sistem pengimejan termaju. Anda boleh menemui kamera utama dengan sensor paling besar pernah dimasukkan dalam mana-mana telefon Samsung Galaxy.
Bukan sahaja terbesar, ia mengandungi bilangan megapiksel tertinggi dalam industri setakat ini untuk sebuah kamera telefon. Digandingkan pula dengan cip pemproses terbaik dalam pasaran, salah satu objektif utama yang ingin dicapai melalui komponen-komponen berspesifikasi tinggi adalah gambar malam yang tajam, jelas, dan berdefinisi tinggi.
Salah satu teknik fotografi yang boleh anda implementasikan menggunakan sistem kamera Samsung Galaxy 23 Ultra adalah dedahan lama.
Apakah Long Exposure Photography
Long Exposure ataupun “Dedahan Panjang” adalah satu teknik fotografi yang membiarkan pengatup kamera terbuka lebih lama daripada biasa untuk bolehkan cukup cahaya sampai ke sensor pengimejan.
Teknik dedahan panjang memiliki estetikanya yang tersendiri, Ia seringkali digunakan untuk hasilkan gambar dengan kesan unik seperti air terjun dengan kesan seperti kapas ataupun kereta di atas jalan raya seperti jaluran lampu.
Teknik ini memerlukan kesabaran, tangan yang tigak bergegar, ataupun tripod untuk beroleh kesan yang diingini. Namun, di Samsung Galaxy S23 Ultra, kesan ini boleh dicapai secara automatik. Ini caranya.
Fotografi dedahan panjang di Galaxy S23 Ultra
Ciri Scene Optimizer akan aktifkan Night Mode yang menggabungkan teknik long exposure bersama-sama dengan pemprosesan AI secara automatik bila sistem kamera mengesan telefon berada dalam keadaan gelap. Bagi mengelakkan gegaran tangan menjejaskan hasil gambar, anda perlulah gunakan tripod sewaktu merakam gambar.
Nak hasil yang lebih baik, butang fizikal pada S Pen boleh digunakan untuk menjadi pencetus pengatup kamera daripada jauh.
Bila dah mahir, guna Expert RAW dan terokai kreativiti
Seperti yang dikatakan tadi, teknik long exposure tidaklah eksklusif untuk keadaan gelap. Ia juga boleh digunakan untuk hasilkan gambar menarik, walaupun bukan dalam keadaan malap. Contohnya, teknik panning juga mengguna pakai konsep dedahan panjang. Bezanya adalah tripod tidak diperlukan dan anda perlu hayunkan telefon mengekori subjek sewaktu merakam.
Untuk tujuan tersebut, anda boleh gunakan sama ada mode Pro ataupun Expert RAW.
Expert RAW sangat disarankan berbanding Pro adalah kerana fungsi-fungsi dalam mode Pro ada dalam Expert RAW kecuali tiada ciri mengambil gambar secara RAW. Di bawah adalah contoh gambar menggunakan teknik panning.
Lagi sebab anda disarankan untuk menggunakan Expert RAW adalah disebabkan lebih banyak ruang kreatif dibuka seperti anda boleh tetapkan tampoh bukaan pengatup, contohnya daripada 1 saat hinggalah kepada 30 saat bergantung kepada hasil yang diingini.
Oleh kerana dalam Expert RAW, sistem AI tidak terlalu campur tangan sewaktu memproses gambar, anda mungkin tidak akan dapat hasil yang diingini pada tangkapan pertama.
Di sini, anda perlu mencuba pelbagai jenis tetapan untuk beroleh gambar yang cantik. Nikmatilah proses pembelajaran ini dan apabila beroleh hasil, tentu anda akan puas hati.
Mantapkan pengalaman fotografi anda dengan One UI 5.1
Samsung Galaxy S23 Ultra mendukung sistem operasi One UI 5.1. Ia membawakan pelbagai penambahbaikkan baik dariapda segi estetika hinggalah kepada kebolehgunaan berbanding One UI generasi terdahulu.
Antara ciri menarik yang perlu anda cuba adalah Image Remaster yang ditambah baik.
Ia menggunakan teknologi AI bagi menambah baik kejelasan gambar secara automatik.
Satu lagi ciri mengagumkan One UI 5.1 adalah memotong keluar sesuatu subjek daripada gambar. Anda cuma perlu tekan dan tahan subjek yang ingin dipotong dan AI akan melakukan semua kerja berat.
Setelah dipotong keluar, anda bolehlah ubahkan bahan potongan tadi menjadi pelekat digital yang menarik!
Promosi pembelian siri Samsung Galaxy S23
Ada berita baik buat anda yang berkira-kira untuk dapatkan mana-mana siri Samsung Galaxy S23 iaitu beberapa promosi telah dilanjutkan tempoh sahnya kepada 30 April 2023. Salah satunya adalah promosi pelancaran yang akan berikan anda seunit Samsung Galaxy Buds Live (RM549) secara percuma bila anda dapatkan telefon dalam siri ini.
Kemudian, ada juga promosi pembelian-atas-pembelian (PWP) disediakan. Yang pertama adalah Samsung memberikan rebat 20% ke atas pembelian peranti boleh pakai terpilih seperti siri Galaxy Watch5 yang boleh anda dapatkan pada harga serendah RM879.
Promo PWP kedua adalah rebat sehingga 30% untuk pembelian tablet dalam siri tablet Samsung Galaxy Tab S8. Di bawah promo ini, anda boleh dapatkan Galaxy Tab S8 Ultra 5G pada harga RM4,339 sahaja berbanding harga asal RM6,199.
Promo PWP yang ketiga dan terakhir adalah rebat 30% untuk pembelian aksesori terpilih. Misalnya, anda boleh dapatkan bekas pelindung telefon pada harga RM153 berbanding harga asal RM219.
Apa anda tunggu lagi, dapatkan seunit Samsung Galaxy S23 anda hari ini! Berikut adalah harga jualan siri Samsung Galaxy S23 di Malaysia:
- Galaxy S23 Ultra 1TB – RM7,199
- Galaxy S23 Ultra 512GB – RM6,199
- Galaxy S23 Ultra 256GB – RM5,699
- Galaxy S23+ 512GB – RM5,199
- Galaxy S23+ 256GB – RM4,699
- Galaxy S23 256GB – RM4,199
- Galaxy S23 128GB – RM3,899