• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmi A2+ dilancar di Malaysia pada harga rahmah RM399

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:25 am
  • 29/04/2023
  • Komen
Redmi A2+ dilancar di Malaysia pada harga rahmah RM399
Share on FacebookShare on Twitter

Buat anda yang tercari-cari sebuah telefon pintar berspesifikasi asas dan pada harga terendah, ini mungkin telefon Redmi termurah boleh anda dapatkan di Malaysia. Redmi A2+ diumumkan untuk pasaran Malaysia pada harga RM399 eksklusif di Shopee bermula 9 Mei 2023. Ia hadir dengan RAM 3GB serta storan 64GB. Apa lagi yang anda dapat?

Redmi A2+ dilengkapi panel paparan HD+ sebesar 6.52”. Atas papan utama pula, ia diperkasa Mediatek Helio G36. SoC ini baru saja dilancarkan Mediatek dalam bulan Februari 2023 lalu. Ia adalah cip pemproses oktateras yang beroperasi pada kelajuan sehingga 2.2Ghz menerusi teras-teras ARM Cortex-A53 yang terkandung padanya.



RAM dan storan yang kecil itu mungkin diubati dengan kehadiran fungsi RAM expansion beserta slot mikro-SD yang mampu menyokong kad berkeluasan sehingga 1TB. Yang kurang enaknya adalah modul storannya masih megguna pakai teknologi eMMC 5.1 yang agak lapuk.

Untuk mengambil gambar, Redmi A2+ ada dwikamera belakang dengan kombinasi kamera 8MP dan kamera bokeh manakala di bahagian depan ada kamera selfie 5MP. Cukuplah untuk mengambil gambar dikala kecemasan.



Membekalkan tenaga kepada telefon ini adalah sistem bateri berkapasiti 5,000mAh dengan blok pengecas 10W tersedia di dalam kotak. Yang mengejutkan adalah ia hadir dengan penyambung mikro-USB untuk mengecas. Lain-lain spesifikasi yang perlu anda tahu adalah ia hanya menyokong Wi-Fi 2.4Ghz, ada pengimbas cap jari di bahagian belakang, dan juga jek audio 3.5mm untuk earfon.

Sejurus keluar kotak, Redmi A2+ menjalankan sistem operasi Android 12 Go dan dijamin kemas kini keselamatan sehingga 2 tahun.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: androidmobileRedmiredmi a2 plustelefonxiaomi
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Redmi A2+ dilancar di Malaysia pada harga rahmah RM399

Redmi A2+ dilancar di Malaysia pada harga rahmah RM399

29 April 2023
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN