• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Asus Zenbook S 13 OLED cuma setebal 1cm dan seberat 1kg, harga bemula RM4,999

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:34 pm
  • 02/05/2023
  • Komen
Asus Zenbook S 13 OLED cuma setebal 1cm dan seberat 1kg, harga bemula RM4,999
Share on FacebookShare on Twitter

Asus telah mengumumkan harga jualan untuk sebuah laptop ultramudah alih yang baru saja dilancarkan mereka iaitu Asus Zenbook S 13 OLED. Sekiranya anda sedang mencari laptop yang sangat nipis tapi berkuasa tinggi, inilah jawapannya.

Harga Asus Zenbook S 13 OLED di Malaysia

Asus Zenbook S13 OLED di Malaysia boleh didapati pada harga RM4,999 untuk varian Intel Core-i5 manakala RM5,999 untuk varian Intel Core-i7. Tempahan awal sudahpun dimulakan sekarang dan penjualan secara rasminya dimaklumkan bermula pertengahan Mei 2023 nanti. Jangan risau, ada promo menarik sedang berjalan untuk penempah awal.



20 tempahan awal laptop ini akan menerima hadiah Asus ZenScreen 15.6” FHD (MB16ACE) secara percuma bernilai RM1,099. Tempahan boleh dibuat di gedung dalam talian Asus ataupun di mana-mana kedai konsep Asus di seluruh negara.

Spesifikasi Asus Zenbook S 13 OLED

Badan Asus Zenbook S13 OLED diperbuat daripada bahan plasma ceramic aluminium yang ringan. Semua komponen dipilih secara teliti bagi memastikan jisimnya pada paras minimum. Ciri paling menonjol laptop ini adalah ia cuma setebal 1cm dan seberat 1kg.



Salah satu helah yang digunakan untuk memastikan kenipisannya adalah seperti mengintegrasikan kamera webcam 1080P terus ke dalam perumah panel paparan. Ia katanya menjimatkan 30% ketebalan bahagian atas laptop. Tambahan pula, Asus turut mengguna pakai panel OLED ultranipis disamping papan elektronik lebih nipis. Bahagian perumah papan kekunci juga diperbuat daripada aloi magnesium yang terus menyumbang kepada kenipisan dan penjimatan berat.

Daripada segi spesifikasi teknikal, laptop ini menampulkan panel 13.3” 16:10 daripada jenis OLED dengan resolusi 2880 x 1880. Panel ini berkecerahan maksimum 550 nits dan memenuhi piawaian DCI-P3 100%, dan DisplayHDR True Black 500.

Atas papan utama, ia ditawarkan dalam variasi Core i7-1355U ataupun i5-1335U. Ia tiada GPU tambahan sebaliknya tugasan grafik dikendalikan oleh Intel Iris Xe. CPU itu bergandingan dengan RAM 16GB LPDDR5 dan storan sehingga 1TB daripada jenis PCIe Gen 4 SSD. Pada badannya terkandung 63Wh bateri dicas menggunakan pengecas 65W yang disediakan di dalam kotak.

Sejumlah port I/O boleh anda temukan pada laptop ini seperti 2 USB-C yang masing-masing menyokong Thunderbolt 4, 1 USB 3.2, port HDMI, dan jek audio.

Asus mendakwa yang ini adalah Zenbook paling mesra alam. Laptop ini diperbuat daripada besi dan plastik kitar semula. Malahan, kotak pempakejan juga menggunakan bahan mesra alam dan tiada langsung plastik digunakan pada kotaknya.

Tags: asusAsus ZenBookasus zenbook s 15 oled
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Asus Zenbook S 13 OLED cuma setebal 1cm dan seberat 1kg, harga bemula RM4,999

Asus Zenbook S 13 OLED cuma setebal 1cm dan seberat 1kg, harga bemula RM4,999

2 May 2023
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN