• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple dan Google bekerjasama untuk menangani penyalahgunaan peranti penjejak Bluetooth seperti AirTag

  • OLEH Putra Aziz
  • 10:01 pm
  • 03/05/2023
  • Komen
Apple dan Google bekerjasama untuk menangani penyalahgunaan peranti penjejak Bluetooth seperti AirTag
Share on FacebookShare on Twitter

Kehadiran produk penjejak seperti Apple AirTag sudah pasti dapat membantu pengguna untuk menjejak sesuatu dalam situasi-situasi tertentu. Tetapi timbul kebimbangan disebabkan teknologi itu mudah untuk disalahgunakan kerana ia boleh menjejak apa-apa barangan dan malah sesiapa sahaja. Berita baiknya, Apple telah mengumumkan kerjasama bersama Google bagi mencipta solusi dalam menangani penyalahgunaan peranti penjejakan.

Melalui kerjsama tersebut, Apple dan Google telah mengusulkan draf spesifikasi bertaraf industri untuk bantu mebanteras penyalahgunaan peranti penjejak Bluetooth bagi penjejakan yang tidak diingini. Teknologi yang bakal dihasilkan oleh dua syarikat tersebut membolehkan peranti penjejak Bluetooth memberi amaran di platform iOS dan Android jika terdapat penjejakan yang mencurigakan.



Tambahan pula, draf spesifikasi yang diusul tidak mengetepikan keselamatan pengguna kerana untuk menghasilkan draf tersebut, Apple dan Google mengambil kira pandangan daripada pengeluar peranti lain dan terima input daripada pelbagai kumpulan keselamatan dalam pembangunan spesifikasi. Lebih-lebih lagi, Apple dan Google mendapat sokongan daripada syarikat seperti Samsung, Tile, Chipolo, Eufy, dan Pebblebee yang menyatakan minat mereka terhadap draf spesifikasi tersebut.

Draf spesifikasi bagi teknologi untuk menangani penyalahgunaan peranti penjejak telah pun dihantar kepada Internet Engineering Task Force (IETF), sebuah organisasi pembangunan piawaian terkemuka. Anda boleh membaca draf penuh di sini. Apple dan Google mengajak dan menggalak pihak lain di dalam industri untuk menyemak dan memberi maklum balas dalam tempoh tiga bulan akan datang.



Kedua-dua syarikat tersebut dijangka akan mula mengimplementasi spesifikasi itu sebelum hujung tahun 2023. Ia juga akan menyokong versi iOS dan Android yang akan datang.

[Sumber: 9to5mac / Apple]

Bacaan berkaitan

Apple lancarkan Apple Pay Later, perkhidmatan hutang ansuran tanpa caj & faedah

Apple umum enam negara baru terima fungsi Emergency SOS

Google Bard diperkenal, pesaing ChatGPT yang mampu jawab semua persoalan anda

Tags: appleapple airtagGoogle
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Apple dan Google bekerjasama untuk menangani penyalahgunaan peranti penjejak Bluetooth seperti AirTag

Apple dan Google bekerjasama untuk menangani penyalahgunaan peranti penjejak Bluetooth seperti AirTag

3 May 2023
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Cuba Tuju, aplikasi navigasi disyorkan kerajaan, belum cukup baik gantikan Waze?

Cuba Tuju, aplikasi navigasi disyorkan kerajaan, belum cukup baik gantikan Waze?

22 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN