• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google Bard diperkenal, pesaing ChatGPT yang mampu jawab semua persoalan anda

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:47 pm
  • 09/02/2023
  • Komen
Google Bard diperkenal, pesaing ChatGPT yang mampu jawab semua persoalan anda
Share on FacebookShare on Twitter

Pada November 2022, OpenAI ada lancarkan chatbot yang di namakan ChatGPT. Melaluinya anda boleh tanya sesuatu secara bertulis untuk dapatkan jawapan. Contohnya ChatGPT boleh bantu anda rancang majlis hari jadi, tulis resume dan beri anda penjelasan terperinci tentang sebarang topik. ChatGPT juga ringkas dan mudah digunakan.

Namun perkihdmatan tersebut nampaknya akan ada pesaing, berikutan Ketua Pegawai Eksekutif Google, Sundar Pichai memperkenalkan Bard, iaitu sebuah perkhidmatan percubaan AI perbualan.



Bard akan disatukan dalam produk carian Google dan ia akan tersedia kepada penguji dipercayai sebelum dilancarkan secara umum dalam beberapa minggu akan datang. Dengan adanya Bard di halaman carian, maka lebih senanglah orang ramai gunakannya berbanding ChatGPT sebab perkhidmatan persaing itu memerlukan anda log masuk sebelum ia boleh digunakan.

As people turn to Google for deeper insights and understanding, we’re working on bringing AI-powered features to Search to distill complex information and help you quickly see the big picture and learn more from the web → https://t.co/CYlA0tIZ1K pic.twitter.com/rhJFvnTPQk

— Google (@Google) February 8, 2023

Bard akan gunakan maklumat daripada web untuk berikan maklum balas yang terkini dan berkualiti kepada pengguna. Namun, pasukan dalaman Google dan penguji akan berikan maklum balas terlebih dahulu untuk memastikan jawapan yang bakal anda peroleh daripada Bard selamat dan berasas.



Apabila Bard sudah tersedia secara meluas nanti, bolehlah anda penuhi rasa ingin tahu dan temui segala jawapan dengan mudah tanpa mengeira topik. Ini termasuklah cara untuk menerangkan penemuan baharu Teleskop Angkasa James Webb NASA kepada seorang kanak-kanak berusia 9 tahun atau carian lebih lanjut mengenai penyerang terbaik kini bagi sukan bola sepak.

[Sumber: GSMArena]

Tags: BardChatgptGoogle
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Google Bard diperkenal, pesaing ChatGPT yang mampu jawab semua persoalan anda

Google Bard diperkenal, pesaing ChatGPT yang mampu jawab semua persoalan anda

9 February 2023
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

Deepavali 2026: Nikmati diskaun tol 50% pada 6 dan 7 November ini

5 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN