• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Apple mula pasang iPhone di Brazil, mahu kurang kebergantungan terhadap China?

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:50 pm
  • 03/05/2023
  • Komen
iPhone 14 & 14 Plus: masih guna cip lama, ditambah pengesan kemalangan dan SOS satelit
Share on FacebookShare on Twitter

Apple boleh dikatakan bergantung besar terhadap China bagi penghasilan produk terlaris mereka, iPhone. Namun semakin masa berlalu, Apple dilihat semakin mempelbagaikan sumber penghasilan iPhone di negara lain seperti India, Vietnam dan tambahan paling terbaru adalah Brazil.

Menurut laman blog Brazil MacMagazine, ia memperlihatkan iPhone 14 128GB berwarna biru yang dibeli di negara Brazil mendedahkan peranti itu dihasilkan di negara tersebut oleh Foxconn Brazil di Sao Paulo. Apa yang meyakinkan lagi peranti tersebut dihasilkan di Brazil adalah Nombor Bahagian peranti berakhir dengan “BR/A”.



Sumber gambar: MacMagazine

iPhone 14 bukanlah iPhone pertama yang dihasilkan di Brazil kerana tahun lepas iPhone 13 juga dihasilkan di sana untuk pengguna di Brazil. Namun ia dilihat pemasangan iPhone di Brazil hanya termasuk untuk model iPhone standard. iPhone 14 Pro atau iPhone 14 Plus yang dijual di Brazil didatangkan dengan nombor “BZ/A” atau “BE/A”, menunjukkan ia dipasang di China.

Penghasilan iPhone di Brazil juga dilihat ditumpukan untuk model yang kurang mahal disebabkan oleh situasi ekonomi di Brazil. Walau bagaimanapun, ia adalah berita baik kerana ini memberikan pengurangan cukai untuk penjualan iPhone di sana. Harga iPhone 14 128GB di Brazil adalah BRL7,599 (~RM6,717.08), jauh lebih tinggi dari harga di Amerika Syarikat (A.S). Tapi kini pengguna boleh menjumpai model yang sama dengan harga yang lebih rendah pada BRL5,000 (~RM4,419.71).



Sebab utama Apple mengembangkan penghasilan iPhone selain China adalah disebabkan oleh perang dagang antara China dan A.S. Bukan itu sahaja, sebelum ini staf Foxconn di China ada membuat protes dek sistem ketat sifar COVID-19 yang dikuatkuasa kerajaan China. Ia mengakibatkan 6 juta iPhone tidak dapat disiapkan.

Sehubungan dengan itu, Apple dikatakan akan menjadikan India sebagai tempat bagi penghasilan 1 daripada 2 iPhone bagi pasaran global sebelum tahun 2027.

[Sumber: 9to5Mac]

Tags: appleFoxconniphone
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
iPhone 14 & 14 Plus: masih guna cip lama, ditambah pengesan kemalangan dan SOS satelit

Apple mula pasang iPhone di Brazil, mahu kurang kebergantungan terhadap China?

3 May 2023
1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

30 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

1 October 2026
5 Terbaik: Penulen udara bawah RM400, tapis jerebu berbahaya sekelip mata!

5 Terbaik: Penulen udara bawah RM400, tapis jerebu berbahaya sekelip mata!

30 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN