• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Neta V kini EV termurah Malaysia pada tanda harga RM99,800. Apa yang perlu dikorbankan?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 6:51 pm
  • 03/05/2023
  • Komen
Neta V kini EV termurah Malaysia pada tanda harga RM99,800. Apa yang perlu dikorbankan?
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan ini secara rasminya Ora Good Cat bukan lagi EV termurah dalam pasaran Malaysia. Tempat itu telah digantikan oleh Neta V, sebuah EV yang dihasilkan oleh syarikat China bernama Hozon Auto.

Harga Neta V di Malaysia

Neta V ditawarkan pada harga RM99,800 OTR tanpa insurans. Ia lebih murah daripada Ora Good Cat 400 Pro sebanyak RM40,000. Lebih menarik, pada harga bawah RM100,000 ia terus bertembung dengan model petrol lain seperti Honda City dan Toyota Vios.



Ada promo sedang berjalan dan ia agak lumayan. 100 tempahan awal Neta V akan diberikan baucar tunai sebanyak RM10,000. Ia menjadikan harga beli kereta ini turun kepada RM89,800.

Spesifikasi Neta V

Pada segi fizikaliti, Neta V adalah saing-saing kepada Ora Good Cat. Besar sedikit sahaja daripada Myvi. Tapi perlu diingati yang EV. Jadi, bahagian lantai sebahagian besarnya akan diisi oleh bateri lantas jadikan kereta ini sedikit tinggi berbanding kereta petrol biasa.



Neta V dipacu motor tunggal di bahagian depan yang membuahkan 94hp dan daya kilas 150Nm. Ia tidaklah mengagumkan kerana kereta petrol lain ada angka sekitar itu. Pecutan daripada pegun kepada 50km/j adalah 3.9 saat. Yang kurang menarik adalah kelajuan maksimum kereta ini cuma 101km/j.

Neta V memiliki tangki bateri yang tidaklah terlalu besar. Tapi disebabkan ia cuma seberat 1.2 tan, bateri berkapasiti 38.5kW yang dimilikinya boleh membawanya sejauh 384km berdasarkan piawaian NEDC. Jadi, jangkakan penggunaan dunia sebenar sekitar 300km.

Bila dicas, Neta V menyokong sumber kuasa arus DC setinggi 100kW. Ia dicas daripada 30 kepada 80% dalam masa 30 minit. Pengecas arus AC pula boleh mengisi bateri dalam masa 6 jam pada paras 6.6kW.

Di bahagian dalam, kereta ini ada sistem inforia tapi tidak menyokong Apple CarPlay ataupun Android Auto. Sedikit berita baik, sistem inforia kereta ini dikuasakan Android 9. Makanya, ada potensi untuk yang tahu-tahu untuk lakukan sideload APK.

Tidak banyak butang boleh anda temukan pada kereta ini. Makanya, kebanyakan fungsi perlu diakses menggunakan skrin sesentuh inforia. Ciri-ciri bantu pandu juga terhad. Tiada adaptive cruise control apatah lagi lane keep assist. Asasnya, ciri keselamatannya setara Proton Saga.

Banyak yang perlu dikorbankan untuk anda nikmati manfaat EV. Tapi, adakah ia berbaloi untuk harga hampir RM100,000? Anda boleh dapatkan Honda City Hatchback RS pada harga sebegini dengan ciri lebih sarat.

Tags: EVnetaneta v
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

13 January 2026
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Neta V kini EV termurah Malaysia pada tanda harga RM99,800. Apa yang perlu dikorbankan?

Neta V kini EV termurah Malaysia pada tanda harga RM99,800. Apa yang perlu dikorbankan?

3 May 2023
Redmi Note 15 5G & 4G tiba, telefon bawah RM1,000 ada bateri 6,000mAh & kamera 108MP

Redmi Note 15 5G & 4G tiba, telefon bawah RM1,000 ada bateri 6,000mAh & kamera 108MP

15 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER