• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Motorola lancar Edge 40, telefon kelas pertengahan yang tidak kurang hebatnya

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:59 pm
  • 05/05/2023
  • Komen
Motorola lancar Edge 40, telefon kelas pertengahan yang tidak kurang hebatnya
Share on FacebookShare on Twitter

Motorola telah mendedahkan telefon pintar kelas pertengahan terbaru iaitu Edge 40. Ia adalah kesinambungan daripada Edge 30 yang telah dilancarkan pada April tahun 2022. Edge 40 adalah tambahan terbaru disamping Edge 40 Pro yang baru sahaja dilancarkan pada bulan lepas.

Motorola Edge 40 menggunakan skrin pOLED 6.55 inci pada resolusi FHD+ (2400 x 1080) dengan kadar segar semula 144Hz dan kecerahan maksimum 1200 nits. Kadar pensampelan sentuh pula pada 360Hz dan terdapat sokongan HDR10+.



Ia dikuasakan oleh SoC MediaTek Dimensity 8020 bersama storan UFS 3.1 256GB dan RAM LPDDR4X 8GB. Memberikan tenaga pada telefon ini adalah bateri berkapasiti 4,400mAh dengan pengecasan pantas berwayar 68W. Motorola mendakwa pengecasan 10 minit memberi ketahanan bateri sepanjang hari.

Di bahagian belakang pula, sistem kamera dimuatkan kamera utama 50MP f/1.4 dengan penstabilan imej optikal, dan terdapat kamera ultralebar 13MP f/2.2 dengan bidang pandangan 120 darjah serta mod makro. Untuk selfie, terdapat kamera 32MP f/2.4.



Lain-lain ciri termasuk pengimpas cap jari di dalam skrin, speaker stereo Dolby Atmos, Bluetooth 5.2 dan kalis air IP68. Edge 40 didatangkan dengan sistem operasi Android 13 dan boleh didapatkan dalam 3 varian warna iaitu Hitam Eclipse, Hijau Nebula dan Biru Luna.

Apa yang diketengahkan oleh Motorola pada Edge 40 ini adalah pilihan warna Hitam yang disarungkan kemasan kulit. Motorola mengatakan kemasan belakang kulit ini elegan untuk disentuh. Lebih menarik, Edge 40 berupaya untuk diselam dalam air disebabkan penarafan IP68-nya. Reka bentuk Edge 40 juga menawan dengan mempunyai skrin melengkung disisi dan terdapat bingkai yang lebih nipis berbanding Edge 30 terdahulu.

Kemaskini yang dilakukan pada Edge 40 kali ini membuatkan ianya lebih premium berbanding Edge 30 kerana didatangkan dengan cip yang lebih berkuasa, skrin beresolusi lebih tinggi dan keseluruhan reka bentuk dan rupa yang lebih preimum. Tapi harganya sedikit mahal berbanding dengan model Edge 30 terdahulunya.

Buat masa sekarang, Edge 40 masih belum tersedia untuk pasaran tempatan. Ia dilancarkan di pasaran Eropah dengan harga EUR599.99 (~RM2,935.92). Model Edge yang anda boleh dapatkan di Malaysia sekarang adalah Edge 30 pada harga RM1,599, Edge 30 Pro pada harga RM2,699 dan Edge 20 Pro pada harga RM2,499.

Bacaan berkaitan

Motorola Edge 30 tiba dengan diskaun RM200 dan skrin OLED 144Hz

Motorola Edge 30 Pro, telefon Snapdragon 8 Gen 1 termurah boleh anda dapati di Malaysia

Motorola Edge X30 sailang Xiaomi 12 jadi yang pertama dengan Snapdragon 8 Gen 1

Tags: androidmobileMotorolamotorola edge 40telefon
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Motorola lancar Edge 40, telefon kelas pertengahan yang tidak kurang hebatnya

Motorola lancar Edge 40, telefon kelas pertengahan yang tidak kurang hebatnya

5 May 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER