• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tecno lancar Phantom V Fold di Malaysia, telefon lipat termurah yang anda boleh beli

  • OLEH Putra Aziz
  • 9:36 pm
  • 08/05/2023
  • Komen
Tecno lancar Phantom V Fold di Malaysia, telefon lipat termurah yang anda boleh beli
Share on FacebookShare on Twitter

Pasaran telefon lipat kini terdapat pencabar baru. Sebuah syarikat telefon dari China, Tecno secara rasmi telah melancarkan telefon lipat pertamanya iaitu Tecno Phantom V Fold bagi pasaran Malaysia. Ia dilancarkan pada harga RM5,399, tapi terdapat promosi pra tempah membolehkan ia didapati pada harga RM4,999, menjadikannya telefon boleh lipat termurah yang anda boleh dapat sekarang.

Tecno Phantom V Fold boleh dilihat bersaing rapat antara Samsung Galaxy Z Fold 4 dan Honor Magic Vs kerana menggunakan mekanisma lipatannya yang serupa. Walaupun harga Phantom V Fold lebih murah, ciri yang dimuatkan tidak kurang hebat. Atas papan utama, Phantom V Fold dikuasakan oleh SoC 4nm MediaTek Dimensity 9000+. Cip itu digandingkan dengan LPDDR5X RAM 12GB dan storan dalaman UFS 3.1 512GB. Jika RAM tidak mencukupi, Tecno mengatakan RAM boleh diperluas lagi dengan RAM maya sehingga 8GB, menjumlahkan 21 GB yang boleh digunakan.



Untuk melihat skrin, Phantom V Fold mempunyai dua paparan seperti telefon-telefon lipat lain. Semasa telefon dilipat, terdapat paparan LTPO AMOLED 6.2 inci dengan resolusi 1080 x 2550 dan kadar segar semula 120Hz. Apabila dibuka, paparan lebih besar iaitu 7.85 inci LTPO AMOLED beresolusi 2000 x 2296 pada kadar segar semula yang sama 120Hz.

Bagi melancarkan pembukaan lipatan skrin, Tecno menyatakan bahagian engsel menggunakan paksi tetap berputar dan teknologi Slide serta terdapat struktur snap terbalik dihasilkan sendiri, menawarkan tiada kesan lipatan dalam masa yang sama mengukuhkan struktur engsel. Ketahanan engsel dikatakan tahan sehingga 200 ribu lipatan.



Bahagian bateri dimuatkan tangki berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 45W melalui USB-C. Tecno mendakwa ia boleh mengecas sehingga 40 peratus dalam masa 15 minit. Namun, tidak ada sokongan pengecasan wayarles. Selain itu, Phantom V Fold dilengkapkan dengan pengimbas cap jari di butang kuasa, sambungan Bluetooth 5.2 dan NFC.

Sementara itu, bahagian belakang terdapat satu bulatan besar yang menempatkan kamera utama 50MP, kamera telefoto 50MP bersama 2x zum optikal dan kamera ultralebar 13MP pada bidang pandangan 120 darjah. Untuk selfie, terdapat satu kamera 32MP di lubang dahi paparan luar dan satu kamera 16MP di paparan dalaman.

Bagi sesiapa yang berminat, anda boleh mula pra tempah melalui stor rasmi Tecno di Lazada dan Shopee atau melalui Urban Republic bermula 5 Mei hingga 9 Mei 2023 untuk mendapatkan telefon ini pada harga diskaun RM 4,999. Bukan itu sahaja, sesiapa yang membuat pra tempah dalam tempoh ini layak menerima skuter elektrik boleh lipat secara percuma bernilai RM899, sementara stok masih ada.

[Sumber: Lowyat.net]

Tags: mobiletecnoTecno Phantom V Fold
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tecno lancar Phantom V Fold di Malaysia, telefon lipat termurah yang anda boleh beli

Tecno lancar Phantom V Fold di Malaysia, telefon lipat termurah yang anda boleh beli

8 May 2023
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN