• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor Band 7, Honor Earbuds X5 dan Honor Scale 3 dilancar, tiga produk baru lengkapi keperluan kecergasan

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:53 pm
  • 09/05/2023
  • Komen
Honor Band 7, Honor Earbuds X5 dan Honor Scale 3 dilancar, tiga produk baru lengkapi keperluan kecergasan
Share on FacebookShare on Twitter

Honor, jenama yang terkenal dengan telefon pintar mereka kini telah melancarkan tiga peranti kecergasan pintar terbaru. Ia adalah jam Honor Band 7, fon putik Honor Earbuds X5 dan penimbang berat Honor Scale 3. Ketiga-tiga peranti ini akan melengkapkan lagi keperluan kecergasan anda ketika bersenam.

Honor Band 7

Pertama sekali, jam Honor Band 7. Ia adalah kemas kini daripada model Honor Band 6 yang telah dilancarkan pada tahun 2021. Honor Band 7 boleh didapati pada harga RM199, lebih mahal sedikit berbanding Honor band 6 semasa ia dilancarkan iaitu pada harga RM189. Honor Band 7 mempunyai skrin AMOLED 1.47 inci dengan gelas lengkung 2.5D dan mengguna pakai cipset yang dikuasakan algoritma AI.



Antara kelebihan Honor Band 7 adalah ia mampu mengukur dan memantau degupan jantung, tidur, tekanan dan tahap oksigen dalam darah dengan tepat. Ia memiliki sebanyak 96 mod senaman berbeza seperti berlari, berjalan, berbasikal, berenang, eliptipkal, mendayung, senaman bebas dan lompat tali. Jam ini boleh merekod data senaman mengikut waktu sebenar, membolehkan pengguna memantau perkembangan kecergasan dengan mudah.

Honor Band 7 boleh didapati dalam 3 varian warna iaitu Hitam, Merah Jambu dan Hijau.



Honor Earbuds X5

Seterusnya adalah fon putik Honor earbuds X5. Fon putik ini dilengkapkan dengan pemacu gegelung dinamik 13.4mm dan gegendang polimer sensitif. Hasilnya bunyi bass yang dikeluarkan lebih lazat dan treble pula lebih jelas. Dari segi bateri, ia mampu bertahan sehingga 27 jam bersama sarung pengecas. Honor mendakwa pengecasan 10 minit memberikan masa penggunaan selama 3 jam. Honor Earbuds X5 boleh didapati pada harga RM279.

Honor Scale 3

Akhir sekali adalah penimbang Honor Scale 3. Walaupun nampak seperti penimbang biasa, ia padat dengan pelbagai fungsi kesihatan. Terdapat sebanyak 18 indikator kesihatan badan seperti berat badan, lemak badan, BMI, jisim tulang, metabolisme badan, jisim otot dan banyak lagi. Honor Scale 3 juga menyokong sambungan WiFi, jadi berat badan boleh diukur tanpa perlu membuka aplikasi Honor Health. Ciri ini membolehkan anda memantau kesihatan dan kecergasan dengan lebih pantas dan mudah.

Selain itu, data kesihatan boleh diselaraskan ke dalam storan awan. Jadi pengguna boleh merujuk perkembangan kesihatan dari semasa ke semasa untuk mencapai matlamat kecergasan mereka. Honor Scale 3 boleh didapatkan pada harga RM129.

Jika anda berminat dengan produk kecergasan pintar terbaru Honor ini, anda boleh dapatkannya di stor fizikal Honor Experience, stor atas talian Honor atau gedung rasmi Honor di Lazada dan Shopee.

Tags: honorHonor Band 7Honor Earbuds X5Honor Scale 3
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Honor Band 7, Honor Earbuds X5 dan Honor Scale 3 dilancar, tiga produk baru lengkapi keperluan kecergasan

Honor Band 7, Honor Earbuds X5 dan Honor Scale 3 dilancar, tiga produk baru lengkapi keperluan kecergasan

9 May 2023
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

21 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN