• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Watch Buds boleh didapati di Malaysia pada harga RM2,199

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:02 pm
  • 09/05/2023
  • Komen
Huawei Watch Buds boleh didapati di Malaysia pada harga RM2,199
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei Watch Buds kini dikesan telah disenaraikan di dalam kedai dalam talian Huawei di Lazada pada harga RM2,199. Daripada bahan iklan, dikatakan yang anda boleh dapatkannya pada harga RM1,899 melalui baucar khas namun berdasarkan percubaan, tiada pula sebarang baucar boleh digunakan. Barangkali semuanya sudah habis ditebus.

Sumber

Huawei Watch Buds memiliki rekaan muka jam berbentuk bulat, sama seperti barisan Watch GT mereka yang lain. Paparannya adalah daripada jenis berwarna dan ia menggunakan panel OLED sebesar 1.43” beresolusi 466p.



Unit fon putik pula kelihatannya seperti putik getah telinga keselamatan yang biasanya berwarna jingga. Tiada sebarang tangkai terbina seperti yang boleh anda temukan pada Apple Airbuds, sudah tentu disebabkan had ruang yang dimilikinya.

Antara ciri menarik fon putik ini adalah ia dilengkapi penyaring hingar aktif. Hayat bateri untuk unit audio dikatakan sehingga 4 jam lamanya ataupun 2.5 jam ketika menjawab panggilan telefon dengan ciri penyaring hingar aktif tidak terpasang.



Fon putik ini mengambil bateri daripada badan jam tangan. Hayat bateri jam tangan pula disenaraikan sebagai 3 hari.

Tags: Huaweihuawei watch buds
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Huawei Watch Buds boleh didapati di Malaysia pada harga RM2,199

Huawei Watch Buds boleh didapati di Malaysia pada harga RM2,199

9 May 2023
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN