• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PROMO: Samsung beri rebat sehingga RM800 untuk siri Galaxy Tab

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:54 pm
  • 09/05/2023
  • Komen
Galaxy A52s dan Galaxy Tab S7 FE mula dibuka tempahan awal dengan hadiah percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Sementara kita masih di dalam bulan Syawal, Samsung Malaysia ingin memeriahkan lagi Hari Raya dengan mengadakan Rebat Raya. Samsung memberikan diskaun sehingga RM800 pada siri Galaxy Tab mereka. Promosi ini telah pun berjalan dari 10 April dan akan berakhir pada 10 Mei 2023.

Antara model yang terlibat adalah Galaxy Tab S7 FE. Semasa promosi, Samsung menawarkan potongan harga sebanyak RM250 bagi Galaxy Tab S7 FE. Oleh itu, varian RAM 6GB + 128GB boleh didapati pada harga RM2,099 berbanding harga asal RM2,349. Setiap pembelian Galaxy Tab S7 FE akan didatangkan percuma 1 tahun langganan Viu bernilai RM99.90.



Selain Galaxy Tab S7 FE, ada beberapa lagi model yang terlibat dalam promosi ini termasuk Galaxy Tab S8. Setiap pembelian Galaxy Tab S8 akan diberikan percuma 1 tahun langganan Viu, serta percuma sarung keryboard dan S Pen. Untuk lebih jelas, berikut adalah senarai model yang terlibat dan harga serta rebat yang ditawarkan.

Spesifikasi Galaxy Tab S7 FE

Galaxy Tab S7 FE pada asalnya telah dilancarkan pada September 2021. Ia didatangkan dengan paparan TFT seluas 12.4 inci beresolusi 2560 x 1600. Bahagian audio dilengkapi dua speaker yang ditala oleh AKG dan ada sokongan Dolby Atmos.



Selain itu, Galaxy Tab S7 FE mampu memberikan pengalaman gaming yang lancar dan pantas. Ia dikuasakan oleh cip Qualcomm Snapdragon 778G. Memberi tenaga disumbangkan oleh bateri berkapasiti 10,090mAh, memberikan masa penggunaan sehingga 12 jam. Lebih menarik, tablet ini juga boleh dijadikan sebagai skrin kedua untuk meningkatkan produktiviti.

Untuk lebih produktiviti, terdapat sokongan S Pen jika anda mahu mencatat nota atau melukis. Untuk menangkap gambar, di belakangnya terdapat kamera 8MP dan untuk selfie terdapat kamera 5MP di sisi bezel paparannya.

Bagi sesiapa yang berminat, anda boleh mendapatkan Galaxy Tab di stor Samsung Experience, Pengedar sah Samsung, stor atas talian Samsung dan gedung rasmi Samsung di Lazada dan Shopee.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini, anda boleh layari laman Samsung Impian Raya Bersama di sini.

Tags: samsungSamsung Galaxy TabSamsung Galaxy Tab S7 FE
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Galaxy A52s dan Galaxy Tab S7 FE mula dibuka tempahan awal dengan hadiah percuma

PROMO: Samsung beri rebat sehingga RM800 untuk siri Galaxy Tab

9 May 2023
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN