• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ibu pejabat TM kini rasmi di Cyberjaya, bukan lagi di Menara TM

  • OLEH Najib
  • 3:05 pm
  • 10/05/2023
  • Komen
Ibu pejabat TM kini rasmi di Cyberjaya, bukan lagi di Menara TM
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah sekian lama Menara Telekom tidak lagi dijadikan sebagai ibu pejabat, Telekom Malaysia (TM) hari ini melancarkan ibu pejabat dan kampus baharunya di Cyberjaya. Ia diadakan bersempena dengan sambutan acara Hari Raya bersama pekerja.

Ibu pejabat TM yang dipanggil Kampus TM ini, dilancarkan secara rasmi oleh Dato’ Imri Mokhtar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM. Majlis pelancaran ini disaksikan oleh pengurusan kanan serta warga kerja TM.



Lokasi ini bukanlah baru untuk TM kerana ia merupakan pusat inovasi dan pusat data TM sebelum ini. Selain menjadi ibu pejabat baharu, kampus ini turut menempatkan Hab Inovasi TM, Pusat Perisikan Rangkaian TM dan Pusat Data Teras TM. Selaras dengan perubahan kerja pasca COVID, TM telah bersedia memacu produktiviti lebih tinggi di kalangan warga kerja menerusi polisi hibrid iaitu 3 hari bekerja di pejabat dan 2 hari bekerja dari mana-mana sahaja.

Di kampus ini juga, ia menyediakan ruang pejabat terbuka, infrastruktur teknologi dan alatan digital, serta kawasan khusus untuk bekerjasama untuk memperkasa pekerja bagi menyampaikan penyelesaian inovatif kepada pelanggan. TM juga menyatakan, kampus ini menampilkan reka bentuk mesra alam yang mampan dengan ruang hijau dan pencahayaan semula jadi, untuk mewujudkan suasana ruang kerja yang sihat dan memberi inspirasi untuk pekerja.



Dato’ Imri Mokhtar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM

“Kami amat teruja untuk melancarkan kampus baharu ini kerana ia mengukuhkan komitmen kami untuk memacu inovasi dalam kalangan anggota, pelanggan dan rakan usahasama kami. Kampus ini menampilkan konsep ruang terbuka, dilengkapi dengan infrastruktur teknologi canggih untuk memudahkan Warga TM mencipta bersama, platform digital dan penyelesaian-penyelesaian pintar,” kata Dato’ Imri.

“Kami sedang mengubah cara kami bekerja dan kampus ini akan menjadi pemangkinnya. Dilengkapi dengan penggunaan pelbagai teknologi dan alatan digital seperti automasi proses robotik (RPA), kecerdasan buatan (AI), analitik dan alat kerja jarak jauh, yang dapatmenampilkan hasil kerja terbaik anggota kami, sambil pada masa yang sama meningkatkan kesejahteraan mereka,” tambahnya lagi.

TM turut memperkenal janji jenama baharu, iaitu “Masa Depan Anda Kini” (Your Next Is Now) yang menunjukkan bagaimana teknologi dimanfaatkan untuk memperkasa orang ramai dalam memacu perubahan, membolehkan mereka merealisasikan aspirasi mereka dalam mengembangkan idea, membina perniagaan baharu atau menjaga bumi ini dengan lebih baik.

Beberapa inovasi ini turut dipamerkan oleh TM dalam majlis ini. Antaranya, Tempat Kerja Digital TM menampilkan faedah persekitaran kerja hibrid, Pembelajaran Atas Permintaan dan Platform Pembangunan Profesional dan Layan Diri Pekerja, untuk tahap kecekapan Warga TM yang lebih tinggi. Untuk pelanggan pula, Penyelesaian Pintar TM One mempamerkan ciri Penjagaan Kesihatan Pintar, Industri & Analitis Pintar dan Bandar Pintar.

Tags: Imri MokhtarKampus TMTM
Najib

Najib

POPULAR

Ibu pejabat TM kini rasmi di Cyberjaya, bukan lagi di Menara TM

Ibu pejabat TM kini rasmi di Cyberjaya, bukan lagi di Menara TM

10 May 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER