• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google lancar Pixel 7a, gunapakai cip Tensor G2 seperti Pixel 7 Pro tapi lagi murah

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:04 pm
  • 11/05/2023
  • Komen
Google lancar Pixel 7a, gunapakai cip Tensor G2 seperti Pixel 7 Pro tapi lagi murah
Share on FacebookShare on Twitter

Di dalam acara Google I/O 2023 yang baharu sahaja berlangsung, Google telah melancarkan beberapa peranti baru termasuk telefon pintar kelas pertengahan terbaru mereka iaitu Pixel 7a. Ia mendukung rupa paras yang sama seperti Pixel 7 dan Pixel 7 Pro dengan mempunyai bar menempatkan bahagian kamera, tapi dengan bentuk yang lebih kecil sedikit.

Untuk Pixel 7a kali ini, Google mengatakan ia adalah telefon paling tahan lasak dalam sejarah Pixel siri A. Ia menampilkan badan aluminium baharu yang dihasil menggunakan bahan 100% dikitar semula. Panel belakangnya menggunakan bahan jenis plastik berbanding kaca yang lebih premium terdapat pada Pixel 7 dan 7 Pro.



Seperti Pixel 6a terdahulu, Pixel 7a memiliki paparan OLED 6.1 inci beresolusi 1080 x 2400. Tapi apa yang telah dinaik taraf pada Pixel 7a adalah, ia kini mempunyai kadar segar semula boleh ubah antara 60Hz dan 90Hz. Paparan tersebut dilindungi oleh kaca Corning Gorilla Glass 3.

Atas papan utama, Pixel 7a dikuasakan oleh SoC Tensor G2, cip yang sama terdapat pada siri Pixel 7. Cip tersebut digandingkan bersama RAM LPDDR5 8GB serta storan UFS 3.1 128GB. Memberi tenaga pada telefon ini adalah bateri berkapasiti 4385mAh dengan pengecasan 20W berwayar melalui USB-C dan terdapat sokongan pengecasan wayarles pada kelajuan 7.5W.



Apa yang terkenal pada siri Pixel adalah bahagian pengimejannya. Pixel 7a dilengkapi dua tetapan kamera di bahagian belakangnya. Kamera utamanya menggunakan sensor 64MP, lebih besar berbanding Pixel 7 dan 7 Pro pada 50MP. Google memaklumkan ia mampu zum Super Res sehingga 8x memberikan gambar yang tajam walaupun dengan hanya zum digital. Terdapat juga kamera ultralebar 13MP dengan bidang pandangan 120 darjah, dan kamera selfie 13MP.

Untuk bahagian keselamatan, Pixel 7a dilengkapi cip sekuriti Titan M2. Untuk membuka telefon pula, Pixel 7a mempunyai sokongan pengecaman muka dan terdapat pengimbas cap jari di dalam skrin.

Ciri lain yang dilengkapi Pixel 7a adalah kekalisan air IP67, Bluetooth 5.3, WiFi 6e dan ia didatangkan dengan sistem operasi Android 13. Pixel 7a hadir dalam empat varian warna iaitu Hitam, Putih, Biru Cair dan Merah Cair.

Di Singapura, Pixel 7a dilancarkan pada harga SGD749 (~RM2,516). Seperti peranti Google lain, ia tidak ditawarkan bagi pasaran Malaysia. Pixel 7a boleh didapati di pasaran seperti Australia, Kanada, Denmark, Perancis, Jerman, Ireland, Itali, Jepun, Belanda, Norway, Puerto Rico, Singapura, Sepanyol, Sweden, Taiwan, United Kingdom, Amerika Syarikat.

Untuk tahu lebih lanjut, anda boleh layari laman rasmi produk Pixel 7a di sini.

Tags: Googlegoogle pixelGoogle Pixel 7aPixel 7a
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Hanya tablet yang boleh berhubung terus dengan telefon layak digelar tablet terbaik

Cara kerja moden lebih maju menggunakan tablet generasi baru

15 September 2023
Guna cara moden ini untuk dapatkan tidur berkualiti dan gaya hidup sihat

Guna cara moden ini untuk dapatkan tidur berkualiti dan gaya hidup sihat

15 September 2023
Xiaomi 13T, telefon termurah dengan kamera Leica & kalis air IP68

Xiaomi 13T Pro tiada lagi Snapdragon, telefon 1TB pertama Xiaomi dan dijamin kemaskini 5 tahun

26 September 2023
Kerajaan hulur pelbagai bantuan kepada penghuni PPR di bawah Belanjawan 2023 antaranya Internet percuma, kelas pemulihan dan pembaikan lif

Kerajaan hulur pelbagai bantuan kepada penghuni PPR di bawah Belanjawan 2023 antaranya Internet percuma, kelas pemulihan dan pembaikan lif

2 Ogos 2023
Google lancar Pixel 7a, gunapakai cip Tensor G2 seperti Pixel 7 Pro tapi lagi murah

Google lancar Pixel 7a, gunapakai cip Tensor G2 seperti Pixel 7 Pro tapi lagi murah

11 Mei 2023
Kenapa masih guna 4G, kalau 5G lebih berbaloi dan ada telefon PERCUMA?

Kenapa masih guna 4G, kalau 5G lebih berbaloi dan ada telefon PERCUMA?

9 September 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER