• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Infinix akan lancar siri Note 30 dengan teknologi All-Round FastCharge

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:42 pm
  • 11/05/2023
  • Komen
Infinix akan lancar siri Note 30 dengan teknologi All-Round FastCharge
Share on FacebookShare on Twitter

Infinix sememangnya mahu menjadi raja pengecasan pantas apabila mendedahkan teknologi pengecasan seperti All-Round FastCharge 260W dan Wireless All-Round FastCharge 110W sebelum ini. Teknologi itu telah diumumkan walaupun tiada maklumat mengenai telefon yang akan gunakannya. Tapi teknologi tersebut dilihat akan digunapakai pada siri telefon pintar terbaru mereka iaitu siri Note 30.

Infinix di laman Facebooknya telah berkongsikan satu hantaran, mengesahkan teknologi All-Round FastCharge bakal datang ke siri Note 30 mereka tidak lama lagi. Berdasarkan laporan oleh GSMArena, siri Note 30 dikatakan akan dilancar pada hujung bulan Mei 2023. Terdapat tiga model yang dikatakan akan dilancar dalam siri ini iaitu Note 30 Pro, Note 30 VIP dan Note 30 5G.



Walau bagaimapun, GSMArena mengatakan pengecasan pantas pada model kelas pertengahan Infinix Note 30 tidak akan mencapai kelajuan maksimum yang akan disokong teknologi All-Round FastCharge iaitu pada 260W. Tapi model Note 30 akan didatangkan dengan pengecasan pantas wayarles, sementara tahap kelajuan pengecasannya masih tidak diketahui.

Sumber gambar: GSMArena

Selain mampu untuk mengecas dengan laju, teknologi All-Round FastCharge ini mempunyai ciri lain seperti pengecasan bypass. Maksudnya tenaga telefon boleh diterima secara terus dari kepala pengecas tanpa menggunakan bateri apabila telefon dicas. Selain itu, teknologi ini juga ada fungsi USB Power Delivery 3.0 dan boleh melakukan pengecasan terbalik.



Dalam pada itu, antara perkara yang difokuskan pada teknologi ini adalah ketahanan jangka hayat bateri. Sistem yang terdapat pada teknologi All-Round FastCharge boleh mengekalkan telefon pada suhu rendah dan menyokong pengecasan malam yang dioptimumkan.

Oleh kerana Infinix Malaysia sendiri berkongsi kehadiran teknologi All-Round FastCharge pada siri Note 30 di Facebook mereka, kita boleh jangkakan siri Note 30 akan dilancar di pasaran Malaysia. Untuk maklumat lebih lanjut, nantikan pelancaran siri Note 30 kelak.

[Sumber: GSMArena]

Bacaan berkaitan

Teknologi Infinix FastCharge 260W mampu mengecas penuh dalam 7.5 minit, konsep atau realiti?

Telefon Infinix dengan pengecasan 260W bakal dilancarkan

Infinix Hot 30 & Infinix Hot 30i: Maklumat penjualannya di Malaysia

Tags: InfinixInfinix Note 30
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Infinix akan lancar siri Note 30 dengan teknologi All-Round FastCharge

Infinix akan lancar siri Note 30 dengan teknologi All-Round FastCharge

11 May 2023
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN