• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pixel Fold dilancar, peranti boleh lipat pertama Google sekuasa Galaxy Z Fold 4

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:03 am
  • 11/05/2023
  • Komen
Pixel Fold dilancar, peranti boleh lipat pertama Google sekuasa Galaxy Z Fold 4
Share on FacebookShare on Twitter

Google secara rasminya menyertai arena telefon boleh lipat dengan pelancaran Google Pixel Fold dalam acara Google I/O 2023. Telefon ini mengikut gaya lipatan Samsung Galaxy Z Fold dan katanya dilengkapi engsel telefon paling kukuh dalam kalangan telefon boleh lipat diluar sana.

Bermula daripada luar, Pixel Fold mempunyai panel paparan luar 5.8” dan di bahagian dalam ada paparan 7.6”. Kedua-dua panel menggunakan teknologi AMOLED dan mempunyai kadar segar semula 120Hz. Panel bahagian luar dilindungi kaca Corning Gorilla Glass Victus manakala di bahagian dalam adalah lapisan kaca ultranipis.



Lagi ciri yang buatkan ia mampu duduk sebaris dengan siri Galaxy Z Fold adalah kekalisan air pada paras IPX6. Ia adalah sesuatu yang jarang ditemukan pada peranti boleh lipat selain Samsung.

Di atas papan utama, Google Pixel Fold dikuasakan SoC Tensor G2 yang bergandingan bersama RAM 12GB dan storan sama ada 256GB ataupun 512GB. Memberi tenaga pada cip-cip ini adalah sistem bateri berkapasiti 4,821mAh dengan sokongan pengecasan sehingga 30W yang untuk piawaian 2023, agak perlahan. Namun, Google mengatakan yang hayat bateri telefon ini adalah melebihi 24 jam.



Di jabatan pengimejan, Pixel Fold mempunyai sistem trikamera belakang. Kamera utamanya menggunakan sensor 48MP, pertama kali seumpamanya dalam siri Pixel. Kemudian, ia juga ada kamera 10.8MP untuk ultralebar, dan 10.8MP untuk telefoto optikal 5X. Di kedua-dua panel paparan ada satu kamera untuk mengambil gambar selfie. Paparan luar menerima kamera bersensor 9.5MP manakala paparan di dalam menerima kamera bersensor 8MP.

Google menawarkan Pixel Fold dalam pasaran A.S pada harga USD1,799 (RM8,012) untuk varian 256GB manakala USD1,919 (RM8,547) untuk varian 512GB. Buat masa ini, ia cuma ditawarkan untuk pasaran A.S, UK, Jerman, dan juga Jepun. Seperti biasa, produk Google Pixel tiada kehadiran rasmi di Malaysia dan sekiranya anda berminat untuk dapatkannya, pasaran terhampir yang ada kehadiran produk Pixel adalah Singapura.

Anda boleh ketahui lebih lanjut tentang Google Pixel Fold di laman rasmi produk.

Tags: androidGooglegoogle pixelgoogle pixel foldmobile
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Pixel Fold dilancar, peranti boleh lipat pertama Google sekuasa Galaxy Z Fold 4

Pixel Fold dilancar, peranti boleh lipat pertama Google sekuasa Galaxy Z Fold 4

11 May 2023
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER