• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmi Note 12 Pro 5G: Dimensity 1080 dengan skrin 120Hz pada harga RM1,299

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:08 pm
  • 11/05/2023
  • Komen
Redmi Note 12 Pro 5G: Dimensity 1080 dengan skrin 120Hz pada harga RM1,299
Share on FacebookShare on Twitter

Redmi telah melakukan pengumuman pusingan kedua untuk Redmi Note 12. Dalam bulan April 2023 lalu mereka mengumumkan 3 ahli pertama Redmi Note 12, kini mereka mengumumkan tiga lagi ahli baharu iaitu:

  1. Redmi Note 12 Pro 5G
  2. Redmi Note 12 Pro 4G
  3. Redmi Note 12S

Harga siri Redmi Note 12 di Malaysia

Dengan pelancaran 3 ahli baharu dalam keluarga Redmi Note 12, maka jumlah keseluruhan variasi Redmi Note 12 kini menjadi 6 semuanya. Berikut adalah senarai harga semua varian Redmi Note 12 yang boleh anda dapatkan dalam pasaran Malaysia:



  • Redmi Note 12 Pro+ 5G (8+256) – RM1,599
  • Redmi Note 12 Pro 5G (8+256) – RM1,299
  • Redmi Note 12 Pro 4G (8+256) – RM1,099
  • Redmi Note 12 5G (8+256) – RM1,099
  • Redmi Note 12S (8+256) – RM999
  • Redmi Note 12 (8+128) – RM799
  • Redmi Note 12 (6+128) – RM699

Baca tentang Redmi Note 12 Pro+ disini
Baca tentang Redmi Note 12 Pro 5G disini
Baca tentang Redmi Note 12 Pro 4G disini
Baca tentang Redmi Note 12 5G disini
Baca tentang Redmi Note 12S disini
Baca tentang Redmi Note 12 disini

Spesifikasi Redmi Note 12 Pro 5G

Redmi Note 12 Pro adalah sebuah telefon dengan panel paparan sebesar 6.67” beresolusi FHD+ dengan kadar segar semula setinggi 120Hz. Panel paparan ini dilindungi kaca Corning Gorilla Glass 5.



Atas papan utama, Redmi Note 12 Pro 5G diperkasa Mediatek Dimensity 1080. Ia adalah cip yang berada dalam kategori 6nm dengan 10 teras yang clockspeednya boleh mencapai 2.6Ghz.

SoC ini Redmi gandingkan dengan RAM LPDDR4X 8GB dan storan 256GB UFS2.2. Untuk pasaran Malaysia, kita beroleh konfigurasi yang paling tinggi, sama macam varian Redmi 12 Pro+ 5G tempoh hari.

Beralih ke bahagian kamera. Di bahagian belakang, ada tiga buah kamera belakang boleh anda temui. Kamera utama Redmi Note 12 Pro 5G mengguna pakai sensor IMX766 dengan resolusi 50MP. Ia ada OIS untuk gambar yang lebih tajam bila ambil gambar tanpa tripod dalam keadaan malap.

Kemudian, ia juga ada kamera utlralebar 8MP disamping kamera makro 2MP. Tugasan mengambil gambar selfie dikendalikan oleh kamera 12MP.

Redmi Note 12 Pro memiliki bateri gergasi. Sama macam varian Pro+ 5G, varian Pro 5G juga ada bateri 5,000mAh. Cuma bahagian pengecasan pantasnya menyokong setakat 67W sahaja berbanding 120W pada varian Pro+ 5G.

Antara perkara-perkara menarik yang bakal anda temuukan adalah seperti speaker stereo, IR Blaster untuk kawal kelangkapan rumah dan juga sokongan NFC yang boleh anda manfaatkan untuk topup kad TNG Enhanced.

Tags: androidmobileRedmiredmi note 12redmi note 12 pro 5gtelefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Redmi Note 12 Pro 5G: Dimensity 1080 dengan skrin 120Hz pada harga RM1,299

Redmi Note 12 Pro 5G: Dimensity 1080 dengan skrin 120Hz pada harga RM1,299

11 May 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER