• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Pengangkutan Automotif

Seong Hoe Premium Motors & ChargeSini lancar pusat pengecas MINI di Bandar Melaka

  • OLEH Najib
  • 5:31 pm
  • 11/05/2023
  • Komen
Mini EV sedang mengecas

Sebuah Mini EV sedang dicas

Share on FacebookShare on Twitter

Seong Hoe Premium Motors, wakil pengedar BMW Group Malaysia di negeri Melaka mengumumkan pembukaan perkhidmatan pengecasan MINI di Kota Syahbandar, Melaka. Ia terletak tidak jauh daripada Jonker Walk, kira-kira 2 kilometer daripada tempat tumpuan pelancong tersebut. Kemudahan ini disediakan bagi memenuhi permintaan pengguna terhadap infrastruktur kenderaan elektrik (EV) yang sedang berkembang pesat.

Pusat pengecasan EV ini terletak di hadapan Bank of China yang beralamat di Jalan KSB 1, Taman Kota Syahbandar, Melaka. Ia dikuasakan oleh ChargeSini, dengan empat lot parkir terdiri daripada dua unit pengecas DC Stellar40 40kW – mampu membekalkan 40kW semasa salah satu unit digunakan dan 20kW + 20kW semasa kedua-duanya digunakan, di samping dua unit pengecas AC Nexus 22kW.



Pengguna perlu membuat bayaran caj minimum sebanyak RM5 setelah tempahan disahkan. Kadar penggunaan bagi unit pengecas EV ini adalah seperti berikut:

  • Pengecas DC – RM1.20/kWj atau RM0.80/minit
  • Pengecas AC 22kW – RM0.40/minit
  • Pengecas AC 3.7kW – RM0.07/minit

Loy Suan Chiow, Pengurus Besar Seong Hoe Premium Motors menyatakan, “Kami sedang melihat bukan sahaja permintaan ke atas kenderaan elektrik meningkat dalam kalangan pelanggan setia kami di Melaka tapi juga ke atas infrastruktur ekosistem EV, terutamanya dalam kalangan pelancong yang datang dari luar negeri untuk melawat dan meneroka bandaraya bersejarah Melaka pada hujung minggu dan cuti panjang. Bersama-sama BMW Group Malaysia, kami sentiasa bersedia untuk menyokong pertumbuhan pasaran Mobiliti Berelektrik di Malaysia, dan kami juga berbesar hati untuk berganding bahu dengan pembekal solusi pengecasan EV serba pintar – ChargeSini, bagi menunaikan komitmen tersebut.”



“Melalui usaha sama dengan Seong Hoe Premium Motors, ChargeSini berbangga untuk mengambil bahagian dalam usaha penyebarluasan rangkaian pengecasan EV yang sedang digagaskan oleh BMW Group Malaysia. Kami juga yakin bahawa kemudahan pengecas Stellar40 DC dan Nexus AC kami di Melaka dapat memangkin penerimagunaan EV di negeri yang bersejarah ini. Kami juga berharap banyak lagi usaha sama yang dapat dijalin dengan BMW Group Malaysia dan jaringan wakil pengedarnya pada masa akan datang,” ujar James Goh, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif ChargeSini (ChargeHere EV Solution Sdn Bhd).

Kemudahan Pengecasan MINI yang baharu diperkenalkan oleh Seong Hoe Premium Motors merupakan sebahagian daripada lebih 1,000 pusat pengecasan di bawah rangkaian BMW Group Malaysia setakat ini. Akses kepada lebih 400 daripada kemudahan ini disediakan menerusi usaha sama dengan ChargeEV dan Yinson Greentech. Manakala usaha sama dengan JomCharge membekalkan akses lebih 100 buah fasiliti pengecasan. Gentari pula melibatkan lebih 150 buah fasiliti serta sekitar 160 buah fasiliti daripada rakan-rakan baharu seperti Shell Recharge dengan ParkEasy, ChargeN’Go, ChargeSini, Go To-U dan FlexiParking.

Bacaan Berkaitan

  • BMW XM dilancar untuk pasaran Malaysia pada harga setara 20 Perodua Ativa
  • BMW ungguli pasaran kenderaan mewah tahun ketiga, perteguh Malaysia sebagai hab elektrik dan automotif
  • Skuter BMW yang akan masuki Malaysia ini, lebih berkuasa daripada 400cc tapi tak perlukan B Penuh
  • BMW sediakan pengecas pantas kenderaan elektrik, bermula di Ara Damansara
Tags: BMWEVMINIStesen pengecas EV
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Mini EV sedang mengecas

Seong Hoe Premium Motors & ChargeSini lancar pusat pengecas MINI di Bandar Melaka

11 May 2023
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER