• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

MSI lancar siri Bravo terbaru, laptop MSI pertama gabung AMD Ryzen dan GeForce RTX 40

  • OLEH Putra Aziz
  • 9:13 pm
  • 16/05/2023
  • Komen
MSI lancar siri Bravo terbaru, laptop MSI pertama gabung AMD Ryzen dan GeForce RTX 40
Share on FacebookShare on Twitter

MSI telah melancarkan model terbaru dalam barisan laptop gaming siri Bravo mereka. Menariknya, ia menampilkan gandingan CPU AMD Ryzen siri 7000 dan GPU NVIDIA siri Geforce RTX 40, pertama kali dilakukan di Malaysia.

Cip pemproses AMD Ryzen siri 7000 yang dimuatkan mempunyai sehingga 8 teras dan 16 jalur. Digandingkan pula bersama GPU NVIDIA siri Geforce RTX 40, ia sekali gus meningkatkan prestasi dan pemprosesan grafik AI kerana siri Geforce RTX 40 mempunyai seni bina NVIDIA Ada Lovelace.



Terdapat reka bentuk Mux Switch yang membolehkan pengaktifan mod Discrete Graphics melalui aplikasi MSI Center, yang mampu memberikan kuasa GPU yang lebih tinggi. Selain itu, ciri sistem penyejukan Cooler Boost 5 yang terdapat pada siri Bravo terbaru ini membolehkan haba dihilangkan secara seimbang antara CPU dan GPU.

Dalam siri Bravo terbaru ini, terdapat 3 model yang ditawarkan iaitu Bravo 17 C7VE, Bravo 17 C7VF dan Bravo 15 C7VE. Ketiga-tiga model ini mengguna pakai gandingan CPU AMD dan GPU NVIDIA yang MSI mengatakan dapat menawarkan pengalaman gaming yang baharu.



MSI Bravo 17 C7VE dan Bravo 17 C7VF

Terdapat dua model terbaru bagi MSI Bravo 17 . Pertama adalah model MSI Bravo 17 C7VE yang diperkasa CPU AMD Ryzen 5 7535HS bersama GPU NVIDIA Geforce RTX 4050 dengan VRAM GDDR6 6GB. Ia memiliki RAM DDR5 8GB dan storan 512GB NVMe SSD. Memberi tenaga adalah bateri bersaiz 53.5Whr yang datang dengan kuasa pengecas 200W.

MSI Bravo 17 C7VF adalah model yang lebih berkuasa dengan dikuasakan oleh CPU AMD Ryzen 7 7735HS dan GPU NVIDIA Geforce RTX 4060 dengan VRAM GDDR6 8GB. RAM-nya menggunakan jenis DDR5 8GB dan storan 512GB NVMe SSD. Ia dihidupkan oleh bateri yang sama bersaiz 53.5Whr dengan diberikan kuasa pengecas 200W.

Kedua-kedua model ini dihadirkan dengan skrin panel IPS 17.3 inci HD Penuh 1920×1080 pada kadar penyegaran 144Hz. Terdapat webcam menggunakan kamera 720p 30fps. Bahagian port dimuatkan satu port USB-C 3.2 yang menyokong DisplayPort, dua port USB-A 3.2, satu port USB-A 2.0, port HDMI, port Ethernet dan jek audio 3.5mm.

MSI Bravo 17 C7VE dijual pada harga RM4,699 manakala MSI Bravo 17 C7VF dijual pada harga RM5,199.

MSI Bravo 15 C7VE

Selain model 17 inci, siri Bravo ini juga ditawarkan dengan model 15 inci. Ia dilengkapi CPU AMD Ryzen 7 7735HS dan GPU NVIDIA Geforce RTX 4050 VRAM GDDR6 6GB. Slot RAM diberikan jenis DDR5 8GB dan storan 512GB NVMe SSD. Bateri yang memberi tenaga adalah bersaiz 53.5Whr berserta kepala pengecas 200W.

Bahagian paparannya serupa dengan model 17 inci dengan hanya skrin yang lebih kecil pada 15.6 inci. Ia dilengkapi panel IPS 15.6 inci HD Penuh 1920×1080 dengan kadar penyegaran 144Hz. Webcam juga menggunakan kamera 720p 30fps yang sama dan terdapat port HDMI, Ethernet, satu port USB-C 3.2 yang menyokong DisplayPort, dua port USB-A 3.2, satu port USB-A 2.0 serta jek audio 3.5mm.

MSI Bravo 15 C7VE boleh didapati di pasaran dengan harga RM4,799.

Tags: MSIMSI Bravo
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

MSI lancar siri Bravo terbaru, laptop MSI pertama gabung AMD Ryzen dan GeForce RTX 40

MSI lancar siri Bravo terbaru, laptop MSI pertama gabung AMD Ryzen dan GeForce RTX 40

16 May 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER