• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kakitangan kerajaan boleh langgan pelan Maxis hingga RM30 lebih murah bersama peranti baru dari RM10/bulan

  • OLEH Najib
  • 4:18 pm
  • 17/05/2023
  • Komen
Kakitangan kerajaan boleh langgan pelan Maxis hingga RM30 lebih murah bersama peranti baru dari RM10/bulan
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena Hari Guru, Maxis telah mengumumkan tawaran istimewa untuk kakitangan kerajaan dan penjawat awam iaitu melanggan pelan pascabayar dengan diskaun sehingga RM30 selama 24 bulan. Ini memberikan sejumlah penjimatan sehingga RM720 dalam tempoh 2 tahun, malah ada juga ditawarkan peranti baru dengan kontrak dari serendah RM10.

Terdapat dua pelan ditawarkan untuk penjawat awam. Pertama adalah pelan Hotlink Postpaid 60 yang memberikan data berkelajuan tinggi 50GB, bersama SMS dan panggilan tanpa had. Pelan ini asalnya berharga RM60/bulan, tetapi untuk penjawat awam ia diberi diskaun RM10, menjadikannya hanya RM50/bulan.



Pelan kedua yang ditawarkan adalah Maxis Postpaid 98 yang memiliki data berkelajuan tinggi 60GB, serta panggilan dan SMS tanpa had. Harga asalnya ialah RM98/bulan, tetapi penjawat awam boleh melanggannya hanya RM68/bulan, diskaun sebanyak RM30.

Selain itu, Maxis juga ada menawarkan peranti baru bersama pelan ini. Pelbagai jenama disediakan seperti Samsung, Realme, Oppo dan Honor. Ia boleh dimiliki dari serendah RM10 sebulan bersama kontrak pelan.



Jika berminat untuk mendaftar atau mengetahui lebih lanjut, layari laman Pelan Penjawat Awam Maxis.

Bacaan Berkaitan

  • Hotlink Pantas beri data bonus 100GB yang perlu ditebus dan pas siaran langsung EPL Percuma
  • Pascabayar Hotlink telah diperbaharui, kini datang dengan sehingga 20GB lebih data
  • Maxis umum halang SMS mengandungi URL bermula 2 Mei 2023
Tags: hotlinkHotlink PostpaidmaxisMaxis Postpaid
Najib

Najib

POPULAR

Kakitangan kerajaan boleh langgan pelan Maxis hingga RM30 lebih murah bersama peranti baru dari RM10/bulan

Kakitangan kerajaan boleh langgan pelan Maxis hingga RM30 lebih murah bersama peranti baru dari RM10/bulan

17 May 2023
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

8 April 2026
U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

8 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN