• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google akan tambah ciri Dashcam pada telefon Pixel

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:20 pm
  • 18/05/2023
  • Komen
Google akan tambah ciri Dashcam pada telefon Pixel
Share on FacebookShare on Twitter

Dashcam sememangnya satu peranti penting untuk merakam detik-detik kecemasan atau kemalangan ketika memandu. Tapi dashcam bukanlah satu peranti yang murah dengan rata-rata berharga ratusan ringgit. Berita baiknya, anda mungkin tidak memerlukan peranti berasingan untuk dashcam, dan hanya gunakan telefon anda pada masa hadapan.

Google dilaporkan sedang dalam usaha untuk membangunkan ciri dashcam ke dalam peranti Pixel pada kemas kini akan datang aplikasi ‘Personal Safety’. Ciri dashcam dijumpai di dalam binaan terbaru aplikasi ‘Personal Safety’ di Play Store, yang dilancar secara tidak sengaja oleh Google.



Ciri dashcam ini berfungsi seperti kesemua dashcam lain dengan merekod video dan audio ketika anda memandu. Bezanya adalah ia dirakam secara terus dari telefon. Untuk mengakses ciri dashcam ini, ia boleh dibuat melalui pilihan Dashcam baru yang terdapat di bahagian ‘Be Prepared’. Dari situ, anda boleh menetapkan rakaman atau melihat video yang telah direkod. Lebih menarik, sedang dashcam merakam, telefon masih boleh digunakan seperti biasa untuk membuka aplikasi lain termasuk aplikasi seperti Google Maps. Untuk jimat tenaga, skrin boleh dipadam dan rakaman boleh diteruskan.

Selain itu, Google juga menghasilkan ciri untuk memudahkan pengguna merekod dashcam. Akan ada pilihan untuk membolehkan dashcam direkod secara automatik apabila telefon disambung pada peranti Bluetooth seperti infotainment kereta.



Apabila merekod dashcam, mesti timbul persoalan berapa banyak ruang yang akan digunakan pada telefon. Untuk menjimatkan storan, aplikasi tersebut mengatakan video akan dibuang selepas tiga hari melainkan video disimpan. Saiz video juga akan dimampatkan kira-kira 30MB per minit dengan tempoh rakaman maksimum sehingga 24 jam.

Masih tidak diketahui bila Google akan melancar ciri dashcam ini, tapi ia pasti akan hadir kelak kerana ciri tersebut nampak seperti sudah lengkap dibangun. Aplikasi Personal Safety dibina khas untuk telefon Pixel. Namun, sumber mengatakan aplikasi Personal Safety dapat dipasang pada Nothing Phone 1, menunjukkan Nothing antara telefon Android yang mungkin menyokong ciri dashcam ini.

[Sumber: 9to5Google]

Tags: Google
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Google akan tambah ciri Dashcam pada telefon Pixel

Google akan tambah ciri Dashcam pada telefon Pixel

18 May 2023
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN