• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

HTC U23 Pro 5G rasmi di Taiwan, Snapdragon 7 Gen 1 dan ada VIVERSE

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:31 pm
  • 18/05/2023
  • Komen
HTC U23 Pro 5G rasmi di Taiwan, Snapdragon 7 Gen 1 dan ada VIVERSE
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang digembar-gemburkan beberapa tak lama dulu, HTC secara rasminya telah mengumumkan telefon terbaharu mereka yang mendukung nama model HTC U23 Pro 5G. Ini adalah satu peristiwa menarik. Telefon terakhir HTC di Malaysia yang dijual secara rasmi adalah HTC U12+ dalam tahun 2018 dulu yang harganya di Malaysia RM3,599 sewaktu diumumkan.

Untuk HTC U23 Pro 5G pula, telefon ini dilancarkan dalam pasaran Taiwan pada harga seperti berikut:



  • RAM 8GB + Storan 256GB – TWD16,900 (RM2,490)
  • RAM 12GB + Storan 256GB – TWD17,900 (RM2,637)

Spesifikasi HTC U23 Pro 5G

HTC U23 Pro 5G adalah sebuah telefon 6.7” dengan panel paparan OLED. Kadar segar semulanya boleh mencecah 120Hz dan panel paparan itu dilindungi kaca Corning Gorilla Glass Victus. Atas papan utama, telefon ini diperkasa SoC Snapdragon 7 Gen 1 dan sebanyak dua kombinasi RAM/Storan ditawarkan iaitu 8GB/256GB ataupun 12GB/256GB.

Di bahagian kamera, ia ada empat buah kamera belakang. Kamera utamanya adalah kamera 108MP diikuti kamera ultralebar 8MP, kamera makro 5MP, dan kamera depth 2MP. Kamera selfie pula menguna pakai sensor 32MP.



Pengimbas cap jari tidaklah daripada jenis disebalik paparan tetapi ia disekalikan dengan butang kuasa yang letaknya di bahagian kanan bersama-sama butang kawalan bunyi. Ciri-ciri gimik daripada HTC U12+ seperti Edge Sense tidak pula diwarisi pada generasi kali ini.

Sistem bateri yang membekalkan tenaga kepada HTC U23 Pro 5G adalah berkapasiti 4,600mAh. Ia menyokong sistem pengecasan 30W ataupun 15W jika menggunakan pengecasan wayarles.

Beberapa ciri lain yang perlu anda tahu adalah seperti keterambungan Wi-Fi 6, NFC, dan ia ada jek audio 3.5mm disamping kekalisan air/debu pada paras IP67. Ia juga dipasang dengan gedung dalam talian VIVERSE dan menyokong aksesori VIVE XR Elite, set kepala VR yang dijual secara berasingan.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: HTCHTC U23 Pro 5G
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
HTC U23 Pro 5G rasmi di Taiwan, Snapdragon 7 Gen 1 dan ada VIVERSE

HTC U23 Pro 5G rasmi di Taiwan, Snapdragon 7 Gen 1 dan ada VIVERSE

18 May 2023
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER