• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Beats Studio Buds+ dilancar, fon putik ANC dengan rekaan lutsinar berharga RM699

  • OLEH Najib
  • 11:56 am
  • 19/05/2023
  • Komen
Beats Studio Buds+ dilancar, fon putik ANC dengan rekaan lutsinar berharga RM699
Share on FacebookShare on Twitter

Buat pengguna iPhone, jika anda sudah bosan dengan fon putik Apple Airpods berwarna putih, anda boleh menikmati prestasi audio yang hampir serupa dalam warna hitam, krim atau lutsinar. Beats, syarikat audio terkemuka yang dimiliki sepenuhnya oleh Apple, baru melancarkan fon putik Beats Studio Buds+.

Harga jualan

Beats telah melancarkan fon putik Studio Buds+ dengan harga USD169.99 di Amerika Syarikat. Ia menyediakan tiga pilihan warna yang nampak premium dan unik. Pertama adalah gandingan hitam dan emas, kedua pula warna Ivory atau krim. Tetapi ketiga, ia adalah warna lutsinar, seakan-akan Nothing Ear (2).



Menariknya, Apple Malaysia telah menyenaraikan Beats Studio Buds+ dengan harga RM699. Bagaimanapun, tarikh jualan tidak menyatakan. Sebaliknya hanya ditandakan akan datang. Harga ini lebih murah daripada Airpods Gen-3 (RM829), tetapi atas sedikit daripada Airpods Gen-2 (RM629) yang lebih berusia.

Spesifikasi Beats Studio Buds+

Beats Studio Buds+ menampilkan rekaan fon putik yang jauh berbeza daripada Airpods. Ia tidak bertangkai dengan bekas pengecas yang dibuka pada sisi lebar. Selain itu, Beats menyediakan empat saiz putik boleh ganti, dari XS, S, M dan L.



Walaupun tidak menggunakan cip H1, Beats Studio Buds+ dilihat lebih baik daripada Airpods kerana ia memiliki fungsi penyaring hingar aktif (ANC). Beats menyatakan, Studio Buds+ dilengkapi 3 mikrofon lebih besar, pemproses lebih berkuasa, sehingga 1.6x ANC lebih baik dan 2x pendengaran sekeliling lebih jelas, berbanding Studio Buds yang lama.

Fon putik Beats Studio Buds+ boleh digunakan sehingga 9 jam berterusan mendengar lagu. Manakala bekas pengecas, memberikan sehingga 3x pengecasan penuh, menjadikan sejumlah 36 jam masa mendengar bersama fon putik. Untuk mengecas, ia hanya menyokong smabungan USB-C, tiada pengecas wayarles.

Audio Spatial turut disokong, bersama teknologi Dolby Atmos. Ia kalis percikan air dan peluh, sesuai digunakan untuk penggemar aktiviti kecergasan.

Beats Studio Buds+ bersambunga tanpa wayar menerusi Bluetooth dan boleh berhubung ke peranti Android dan iPhone. Di iPhone, ia menyokong sambungan satu-sentuhan, arahan suara ‘Hey Siri’, serta carian di ‘Find My’. Pada Android, ia menyokong Google Fast Pair dan Find My Device.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Beats Studio Buds+.

Bacaan Berkaitan

  • Amazon kantoi tersenaraikan Beats Studio Buds+, bakal dilancar pada Mei 2023 dengan reka bentuk lut sinar
  • Beats Studio Buds kini ditawarkan dalam 3 warna baharu, harga masih RM625
  • AirPods 3 mula boleh didapatkan di Malaysia
Tags: applebeatsBeats Studio Buds Plusbeats studio buds+
Najib

Najib

POPULAR

Beats Studio Buds+ dilancar, fon putik ANC dengan rekaan lutsinar berharga RM699

Beats Studio Buds+ dilancar, fon putik ANC dengan rekaan lutsinar berharga RM699

19 May 2023
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026
Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

7 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN