• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nothing Phone (2) sah bakal guna cip Snapdragon 8+ Gen 1, dengan harga kekal mampu milik

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:58 pm
  • 19/05/2023
  • Komen
Nothing Phone 1 dilancar di Malaysia, ambil tempahan awal di kedai jalanan Bukit Bintang
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun sudah diketahui bahawa Nothing Phone seterusnya bakal menggunakan cip Snadragon siri 8, kini cip yang digunakan telah disahkan adalah Snapdragon 8+ Gen 1. Perkara ini diumumkan oleh CEO Nothing, Carl Pei menerusi laman Twitternya yang memaklumkan Nothing Phone (2) merupakan satu peningkatan yang jelas berbanding Nothing Phone (1).

Antara peningkatan yang dikatakan oleh Pei ialah, pembukaan aplikasi kini dua kali ganda lebih laju berbanding model terdahulu. Menjadikan 80 peratus peningkatan keseluruhan prestasi. Penggunaan cip Snapdragon siri 8 juga dikatakan memberi penambahbaikan pada bahagian lain seperti jangka hayat bateri, sambungan rangkaian dan kemampuan kamera.



🚀 Performance boost: Initial tests show that app opening speed on Phone (2) is TWICE as fast compared to Phone (1), with an impressive 80% overall performance improvement. It’s looking very promising!

— Carl Pei (@getpeid) May 18, 2023

Untuk merekod video, Nothing Phone (2) dimaklumkan akan didatangkan dengan sokongan Raw HDR dan rakaman beresolusi 4K pada 60fps. Ini dibolehkan daripada Image Signal Processor 18-bit yang terdapat di Snapdragon 8+ Gen 1. Selain itu, oleh kerana menggunakan varian 8+ Gen 1 yang dihasilkan TSMC, ia terbukti lebih cekap tenaga dan mengurangkan haba yang terhasil berbanding Snapdragon 8 Gen 1.

Meskipun Snapdragon 8+ Gen 1 bukanlah cip terbaru kerana berusia sudah hampir setahun, ia masih cip flagship yang berkemampuan tinggi. Oleh kerana itu, Pei mengatakan harga Nothing Phone (2) akan masih kekal pada paras mampu milik dan boleh diakses orang ramai.



Penggunaan cip Snapdragon 8+ Gen 1 bukanlah satu perkara yang mengejutkan. Kerana sebelum ini, Naib Presiden Kanan Qualcomm, Alex Katouzian telah pun secara tidak sengaja mendedahkan Nothing Phone 2 bakal didatangkan dengan Snapdragon 8+ Gen 1.

Untuk maklumat semua, Nothing Phone (2) telah ditetapkan pelancarannya pada musim panas akan datang, di Malaysia merujuk pada suku ketiga tahun 2023. Jika anda berminat dan ingin tahu info dengan cepat berkenaan Nothing Phone (2), anda boleh mendaftar di laman acara Nothing di sini.

Bacaan berkaitan

  • Nothing Phone (2) sah akan tiba lebih premium tahun ini
  • Nothing Phone 2 kantoi guna cip Snapdragon lama?
  • Nothing Phone (2) bakal diperkasa Snapdragon 8, tapi versi yang mana?
Tags: Nothingnothing phone (1)nothing phone (2)Qualcomm Snapdragonsnapdragon 8+ gen 1
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Nothing Phone 1 dilancar di Malaysia, ambil tempahan awal di kedai jalanan Bukit Bintang

Nothing Phone (2) sah bakal guna cip Snapdragon 8+ Gen 1, dengan harga kekal mampu milik

19 May 2023
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN