Artikel ini dibawakan oleh Samsung
Menangkap gambar subjek yang bergerak pantas biasanya adalah satu cabaran buat telefon pintar. Tapi mujurlah Samsung Galaxy S23 Ultra dilengkapi dengan sistem pengimejan yang mampu menangkis cabaran tersebut. Walaupun Nightography adalah ciri yang sangat popular, Samsung Galaxy S23 Ultra juga mampu memegunkan subjek yang bergerak pantas dengan kejituan dan perincian yang tinggi menggunakan burst.
Ciri Burst pada Samsung Galaxy S23 Ultra merevolusikan pengalaman mengambil foto aksi. Ia mampu merakam gambar bingkai demi bingkai pada kelajuan yang amat mengagumkan. Tidak seperti video, merakam gambar pada frekuensi supertinggi memastikan subjek yang ingin kita rakam tidak nampak kabur di dalam gambar hasil penggunaan kelajuan pengatup yang tinggi.
Banyak kamera yang mampu menangkap gambar secara burst, namun ia tidak mampu menandingi tahap mudahnya mencetuskan fungsi ini. Perkara ini sangat penting kerana dalam konteks fotografi melibatkan aksi, setiap milisaat boleh membawa maksud anda berjaya beroleh hasil yang diingi ataupun tidak.
Di Samsung Galaxy S23 Ultra, mode Burst tidak perlu dihidupkan secara khusus kerana ia sudahpun tersedia di hadapan mata pengguna sewaktu melancarkan aplikasi Camera. Tugas pengguna hanyalah menala lensa ke arah aksi yang ingin dirakam. Kalau anda pegang telefon secara melintang, hanya sentuh dan leretkan sahaja butang pengatup ke aras port pengecas.
Anda akan lihat kaunter pembilang muncul di skrin dengan kiraan menaik dengan pantas. Itulah bilangan gambar yang sudahpun diambil oleh Samsung Galaxy S23 Ultra. Sewaktu merakam, pastikan anda sentiasa menghalakan telefon ke arah subjek agar ia sentiasa berada di dalam bingkai.
Tripod tidaklah terlalu penting sewaktu merakam gambar selanjar berkelajuan tinggi kerana kesan gegaran kamera adalah minimum disebabkan penggunaan halaju pengatup yang tinggi.
Menggunakan Burst, anda tak perlu risau akan terlepas aksi yang penting kerana semuanya dirakam dan disimpan di dalam storan. Di aplikasi Gallery, anda boleh periksa hasil tangkapan untuk pilih bingkai mana yang paling menarik. Anda malah boleh lakukan suntingan secara terus menggunakan kemudahan yang terbina di dalam One UI 3.0 Samsung Galaxy S23 Ultra. Jangan lupa untuk manfaatkan stailus untuk lakukan suntingan kalau-kalau jari anda tak cukup runcing untuk skrin gergasi telefon.
Lagi perkara memudahkan daripada One UI 5.1 adalah anda boleh berkongsi gambar menarik daripada lensa telefon kepada dunia menggunakan Quick Share.
Berbekalkan Samsung Galaxy S23 Ultra, menangkap gambar aksi berkelajuan tinggi tidaklah mungkin semudah ini. Lupakan hasil gambar kabur dek pengatup yang tak cukup pantas ataupaun sistem kamera yang tak cukup pantas memproses imej daripada sensor.
Promosi pembelian siri Samsung Galaxy S23
Ada berita baik buat anda yang berkira-kira untuk dapatkan mana-mana siri Samsung Galaxy S23 iaitu beberapa promosi boleh anda manfaatkan. Salah satunya adalah pemberian seunit Samsung Galaxy Buds Live (RM549) secara percuma bila anda dapatkan telefon dalam siri ini.
Apa anda tunggu lagi, dapatkan seunit Samsung Galaxy S23 anda hari ini! Gegas kerana promosi hanya berlangsung sehingga 4 Jun 2023. Berikut adalah model-model yang boleh anda pertimbangkan:
- Galaxy S23 Ultra (1TB) –
RM7,199RM6,199 - Galaxy S23 Ultra (512GB) –
RM6,199RM5,699 - Galaxy S23+ (512GB) –
RM5,199RM4,699 - Galaxy S23 (256GB) –
RM4,199RM3,899