• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Cortex-A720 & A520: Teras cekap tenaga dengan naik taraf prestasi signifikan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 6:11 pm
  • 29/05/2023
  • Komen
Cortex-A720 & A520: Teras cekap tenaga dengan naik taraf prestasi signifikan
Share on FacebookShare on Twitter

Arm pada sehari sebelum tirai Computex 2023 dibuka telah mengumumkan Total Compute Solutions 2023 (TCS23). Buat yang terlepas berita, ia adalah pakej set tatacara pembangunan cip yang mengandungi produk seperti teras CPU dan GPU untuk memudahkan pengeluar semikonduktor menghasilkan SoC yang memenuhi keperluan produk mereka.

Pertama kali diperkenalkan dalam tahun 2021, edisi 2023 membawakan beberapa naik taraf signifikan. Paling penting, TCS23 kali ini hanya menyokong sistem 64-bit sahaja lantas menandakan penghijrahan sepenuhnya Arm daripada pengkomputeran 32-bit kepada 64-bit.



Tiga perkara menarik yang dipersembahkan adalah:

  • Teras CPU Cortex-X4
  • Teras CPU Cortex-A720
  • Teras CPU Cortex-A520
  • Teras GPU Immortalis-720

Teras CPU Cortex-A720 & Cortex-A520

Cortex-A720 dan A520 adalah teras dalam kategori cekap tenaga yang dibangun untuk memperlengkap Cortex-X4. Objektif untuk kedua-dua teras ini adalah untuk melunaskan tugasan pada penggunaan tenaga paling minimum.



Contohnya, Cortex-A720 dilapor mampu membuahkan prestasi lebih tinggi berbanding A715 berbekalkan tenaga yang sama banyak dan juga 20% lebih cekap tenaga. Daripada perspektif yang berbeza, A720 juga mempunyai kuasa yang sama dengan Cortex-A78, teras berkuasa tinggi dalam menjadi asas kepada Snapdragon 888 dulu.

Hasilnya, teras ini dilihat sebagai yang bakal memikul majoriti tugas-tugas pengkomputeran dalam sesuatu gajet yang menggunakan TSC23 sebagai tunjang.

Cortex-A520 adalah teras terkecil dalam kalangan tiga yang diumumkan. Pengoptimuman yang berjaya dilakukan Arm menjadikannya 22% lebih cekap berbanding A510 dan ia akan memfokuskan pada tugasan berintensiti rendah dan tugasan yang berlaku di bahagian latar.

Penjimatan tenaga pada Cortex-A520 bakal memberi manfaat kepada dua teras yang lain apabila tenaga tersebut boleh disalurkan kepada teras lain.

Sumber: Arm

Tags: armarm cortexarm cortex-a720arm cortex-x4computexcomputex 2023
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Cortex-A720 & A520: Teras cekap tenaga dengan naik taraf prestasi signifikan

Cortex-A720 & A520: Teras cekap tenaga dengan naik taraf prestasi signifikan

29 May 2023
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN