• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengguna Maybank kini boleh membayar guna kod QR di Indonesia, Singapura dan Thailand

  • OLEH Najib
  • 2:48 pm
  • 30/05/2023
  • Komen
Pengguna Maybank kini boleh membayar guna kod QR di Indonesia, Singapura dan Thailand
Share on FacebookShare on Twitter

Pengguna Maybank kini boleh berbelanja lebih mudah di luar negara menerusi aplikasi MAE. Maybank kini mengesahkan bahawa aplikasi MAE boleh membuat pembayaran QR secara terus di Indonesia, Singapura dan Thailand.

Bukan setakat itu, peniaga yang memiliki Maybank QRPay juga boleh menerima pembayaran daripada pelancong Indonesia, Singapura dan Thailand yang menggunakan aplikasi pembayaran yang menyokong pembayaran ini. Fungsi pembayaran QR rentas sempadan ini dijayakan menerusi kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM) dan PayNet.



Dengan pembukaan semula sempadan, pembayaran QR rentas sempadan membolehkan rakyat Malaysia melancong ke Indonesia, Singapura dan Thailand dan membayar menggunakan aplikasi MAE. Jadi, tidak perlu lagi membawa wang tunaidan pembayaran tanpa tunai boleh dibuat sama seperti rakyat tempatan. Di Singapura, hanya cari kod QR NETS. Manakala di Indonesia, lihat pada kod QR QRIS. Di Thailand pula, pengguna boleh mengimbas kod QR PromptPay untuk membuat bayaran.

Membayar menerusi kod QR di luar negara sangat mudah. Mula-mula, lancarkan apikasi MAE dan tekan pada butang ‘Scan’ di bawah skrin. Selepas mengimbas kod QR, masukkan jumlah yang ingin dibayar dalam nilai matawang tempatan. Kadar tukaran matawang dalam Ringgit Malaysia (RM) akan dipaparkan. Jika tepat, anda boleh sahkan pembayaran dengan menekan butang ‘Pay Now’.



Untuk peniaga di Malaysia pula, perkhidmatan QR rentas sempadan membenarkan mereka menerima pembayaran dalam RM. Transaksi juga mudah, sama seperti transaksi DuitNow QR biasa.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank, Datuk John Chong, berkata hasrat Maybank sentiasa untuk mencipta produk dan perkhidmatan yang akan memberikan nilai dan menambah baik kehidupan pelanggan, selaras dengan tujuan untuk ‘Menginsankan Perkhidmatan Kewangan’. Perkhidmatan pembayaran QR rentas sempadan adalah ciri penting yang akan memudahkan pelancong Malaysia ke luar negara melalui aplikasi MAE, serta pelancong yang datang ke Malaysia untuk melakukan pembayaran tanpa tunai melalui mata wang negara masing-masing. Ia juga berfungsi sebagai kunci untuk meningkatkan kecekapan sambil mempromosikan ekonomi digital dan ketrangkuman kewangan di rantau ASEAN.

“Ini adalah tepat pada masanya di mana kami melihat peningkatan ketara dalam permintaan teknologi dalam kalangan orang ramai ketika mereka mencari penyelesaian perbankan yang menawarkan kelajuan yang tiada tandingan dan tahap kemudahan baharu sambil memastikan keselamatan transaksi mereka, terutamanya selepas wabak. Tambahan pula, hubung kait pembayaran QR antara Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand melengkapkan rangkaian saling kebergantungan pembayaran dua hala yang semakin meningkat yang akan menyumbang ke arah ASEAN lebih dinamik dan pembangunan selanjutnya di rantau ini,” terangnya lagi.

Menurut Maybank, perkhidmatan pembayaran QR Maybank akan memberikan kemudahan kepada lebih lapan juta pengguna aplikasi Maybank dan memanfaatkan lebih 700,000 peniaga Maybank QRPay di Malaysia. Kira-kira 3.5 juta pelancong Malaysia melancong ke Singapura, Indonesia dan Thailand pada tahun lalu dan menerusi pengenalan perkhidmatan pembayaran QR rentas sempadan Maybank. Maybank juga sedang dalam usaha untuk melancarkan ciri pembayaran ini di lebih banyak negara tidak lama lagi.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Maybank Cross-border DuitNow QR.

[Sumber: Berita Harian]

Tags: MAEMaybankmaybank mae
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Pengguna Maybank kini boleh membayar guna kod QR di Indonesia, Singapura dan Thailand

Pengguna Maybank kini boleh membayar guna kod QR di Indonesia, Singapura dan Thailand

30 May 2023
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER