• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme C53, satu lagi telefon dengan ciri seakan Dynamic Island akan tiba di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 12:12 pm
  • 31/05/2023
  • Komen
Realme C53, satu lagi telefon dengan ciri seakan Dynamic Island akan tiba di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Realme Malaysia hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan melancarkan satu telefon pintar dalam kelas permulaan tidak lama lagi. Realme C53 akan memasuki pasaran Malaysia pada awal bulan hadapan, dan ia dikhabarkan memiliki satu ciri unik seperti di Realme C55 iaitu “Mini Capsule”.

Pelancaran Realme C53 di Malaysia telah ditetapkan pada hari Selasa, 6 Jun 2023. Menurut Realme, telefon pintar ini akan dilengkapi ciri “Mini Capsule”, sebuah fungsi seakan “Dynamic Island” di iPhone 14 Pro. Mini Capsule membolehkan peranti menyajikan maklumat seperti peratus bateri, penggunaan data dan langkah pengguna, sambil menyembunyikan lubang atau takuk di bahagian atas skrin.



Selain itu, Realme turut mengesahkan bahawa semua peranti siri-C mereka yang dilancar tahun ini, akan dilengkapi ciri “Mini Capsule”. Pertama ia terdapat di Realme C55 dan kedua di Realme C53.

Mini Capsule di Realme C55

Bagi Realme C53, ia akan menggunakan kemasan yang digelar “Shiny Champion” di belakang. Ia menampilkan garisan keemasan bertekstur, bersama kesan cahaya keemasan menghasilkan seakan riben emas di belakangnya. Selain warna emas, Realme C53 turut ditawarkan dalam warna hitam.



Realme C55 telah dilancar di Malaysia pada bulan Mac lepas. Ia dijual pada harga RM699 dengan RAM 6GB dan storan 128GB, serta RM899 bersama RAM 8GB dan storan 256GB. Telefon ini dikuasakan cip Mediatek Helio G88, skrin LCD 6.72-inci 90Hz, kamera utama 64MP, bateri 5,000mAh dan pengecas SuperVOOC 33W.

Adakah ini harga dan spec Realme C53?

Masih tiada maklumat rasmi dimaklumatkan mengenai Realme C53. Tetapi kelihatan sudah ada kedai yang menjualnya. Di Shopee, Satugadget telah menyenaraikan Realme C53 berharga RM599, datang bersama RAM 6GB dan storan 128GB. Tetapi ia menunjukkan skrin bertakuk kecil di atas. Pastinya fungsi “Mini Capsule” pada Realme C53 berbeza dengan Realme C53 yang memiliki lubang di dahi skrin.

Dalam senarai Shopee yang lain, ia meletak senarai lengkap spesifikasi Realme C53. Antaranya dikuasakan cip Unisoc T612, skrin HD Penuh 6.74-inci 90Hz, kamera utama 50MP, kamera hadapan 8MP, bateri 5,000mAh dan pengecas SuperVOOC 33W. Ia dilengkapi sistem operasi realme UI T Edition berasaskan Android 13.

Adakah benar spesifikasi Realme C53 dan harganya RM599. Nantikan maklumat lanjut daripada kami selepas pelancarannya pada 6 Jun kelak.

Bacaan Berkaitan

  • Realme C55: Maklumat Penjualannya di Malaysia
  • Realme C55, telefon Android pertama dengan ‘Dynamic Island’ akan tiba di Malaysia
  • Dynamic Island versi Realme akan muncul dalam telefon siri C tak lama lagi
Tags: RealmeRealme C53
Najib

Najib

POPULAR

Realme C53, satu lagi telefon dengan ciri seakan Dynamic Island akan tiba di Malaysia

Realme C53, satu lagi telefon dengan ciri seakan Dynamic Island akan tiba di Malaysia

31 May 2023
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
Oppo Find X10 Pro Max jadi antara telefon pertama guna cip Dimensity 9600 Pro 2nm

Oppo Find X10 Pro Max jadi antara telefon pertama guna cip Dimensity 9600 Pro 2nm

15 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN