• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Logitech MX Anywhere 3S, tetikus kompak wayarles baharu dengan sensor 8k

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:24 pm
  • 01/06/2023
  • Komen
Logitech MX Anywhere 3S, tetikus kompak wayarles baharu dengan sensor 8k
Share on FacebookShare on Twitter

Tetikus siri Logitech MX sememangnya menjadi pilihan ramai untuk pengguna-pengguna profesional. Kini, Logitech hadir dengan tetikus terbaru bagi siri MX Anywhere iaitu MX Anywhere 3S. Ia adalah sebuah tetikus kompak wayarles dengan reka bentuk berprofil rendah.

Menyambung legasi MX Anywhere 3 terdahulu, reka bentuknya memudahkan ia untuk dibawa ke mana-mana, oleh yang demikian diberi nama ‘anywhere’. Tapi yang berbeza untuk model kali ini, ia didatangkan dengan ciri Smart Actions, sebuah ciri baru di dalam aplikasi Logitech Options+ membolehkan pengguna mengoptimumkan aliran kerja.



MX Anywhere 3S kini dilengkapkan dengan teknologi Quiet Click, menjadikan klik lebih senyap daripada model sebelumya. Sensor yang digunakan pada model 3S juga lebih hebat iaitu sensor optik 8,000 DPI, sensor yang sama terdapat pada model lebih premium MX Master 3S. Sensor tersebut boleh mengesan hampir mana-mana permukaan, termasuk kaca, sekali gus membenarkan penggunaan di pelbagai ruang tanpa perlu menggunakan pad tetikus.

Selain itu, tetikus ini mempunyai penatalan elektromagnetik MagSpeed, memberi pengguna kuasa untuk menatal melalui 1,000 baris kod atau baris data sesaat. Jadi penatalan boleh dilakukan dengan pantas, tepat, dan yang lebih penting senyap. Terdapat 6 butang pada model ini dan ia boleh diubah suai melalui aplikasi Options+.



Tetikus ini serasi bersama pelbagai sistem operasi termasuk Windows, macOS, iPadOS, ChromeOS dan Linux. Untuk sambungan, ia menggunakan Bluetooth tenaga rendah dan boleh dipasangkan pada sehingga tiga peranti. Jikalau tidak gemar menggunakan Bluetooth, ia juga menyokong penerima USB Logi Bolt, tapi perlu dibeli berasingan.

Berkenaan bateri, MX Anywhere 3S boleh digunakan sehingga 70 hari apabila dicaj penuh. Terdapat pengecasan pantas melalui USB-C dimana 1 minit pengecasan memberikan bateri bertahan selama 3 jam.

Lebih menarik, sebanyak 61% bahagian plastik di tetikus MX Anywhere 3S dihasil menggunakan bahan plastik kitar semula pasca-pengguna yang diperakui. Ia adalah usaha Logitech untuk mengurangkan jejak karbon bagi mewujudkan dunia yang lebih saksama dan iklim yang positif.

Logitech MX Anywhere 3S boleh didapati dalam tiga warna iaitu hitam, putih dan merah jambu. Bagi sesiapa yang berminat, tetikus terbaru Logitech MX Anywhere 3S dijual di Malaysia pada harga RM369. Anda boleh dapatkannya di stor rasmi Logitech di Lazada dan Shopee, atau peruncit sah Logitech.

Untuk tahu lebih lanjut, anda boleh layari laman produk MX Anywhere 3S di sini.

Bacaan berkaitan

  • Tetikus Logitech Signature M650 miliki hayat 24 bulan, pilihan dua saiz dan butang tanpa bunyi
  • Pilih sut adiwira anda dengan tetikus wayarles Logitech koleksi MARVEL
  • Logitech G502 diimplan jantung baru HERO
Tags: LogitechMX Anywhere 3S
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Logitech MX Anywhere 3S, tetikus kompak wayarles baharu dengan sensor 8k

Logitech MX Anywhere 3S, tetikus kompak wayarles baharu dengan sensor 8k

1 June 2023
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN