• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Akses 5G percuma CelcomDigi dilanjut sebulan lagi, lancar pas 5G Booster dengan kuota tambahan

  • OLEH Najib
  • 4:34 pm
  • 02/06/2023
  • Komen
Akses 5G percuma CelcomDigi dilanjut sebulan lagi, lancar pas 5G Booster dengan kuota tambahan
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini, CelcomDigi mengumumkan bahasa akses 5G percuma akan tamat tempoh pada 31 Mei 2023. Tetapi kini, mereka menyatakan bahawa ia akan dilanjutkan sebulan lagi, sehingga 30 Jun 2023. Di samping itu, CelcomDigi turut memperkenal pas 5G Booster dengan 50% bonus kuota.

Pelan dengan akses 5G percuma selepas 30 Jun

Sebelum ini, CelcomDigi pernah memaklumkan bahawa tidak semua pelan akan menerima akses 5G secara percuma. Hanya pelan pascabayar berharga RM90 dan ke atas sahaja akan dapat meneruskan sambungan ke 5G selepas 30 Jun, tanpa bayaran tambahan.



Contoh pelan yang tidak lagi mendapat akses 5G percuma adalah:

  • Celcom Mega 80
  • Celcom Family Lightning
  • Xpax Postpaid 40 & 60
  • Digi Postpaid 40 & 60
  • Digi Postpaid Family 20, 30 & 45

Pelan di atas, masih boleh menggunakan rangkaian 5G sehingga 30 Jun 2023. Selepas itu, mereka akan dikenakan caj RM10 jika mahu akses ke 5G.



Pelan yang akan terus menikmati akses 5G selepas 30 Jun adalah:

  • Celcom MEGA 98 Lightning dan ke atas
  • Digi Postpaid 90 dan ke atas
  • Digi Postpaid Family Unlimited

5G Booster dengan data tambahan

Bagi pelan prabayar dan pascabayar yang tak layak terima akses 5G percuma, mereka boleh melanggan pas 5G Booster. Ia bukan sahaja memberi akses 5G tetapi datang dengan kuota internet tambahan.

Harga pas 5G Booster untuk prabayar hanya satu, iaitu RM20 sebulan dan memberi 30GB data tambahan kepada pengguna. Tetapi ini adalah promosi sehingga 31 September sahaja, iaitu 50% bonus kuota internet. Selepas itu, harganya masih sama iaitu RM20 tetapi data tambahan hanya 20GB.

Bagi prabayar, pas 5G Booster yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Xpax Prepaid

  • Pas Harian RM3 – 4.5GB data tambahan (hanya 3GB selepas 30 September)
  • Pas Harian RM6 – 15GB data tambahan (hanya 10GB selepas 30 September)
  • Pas Mingguan RM12 – 30GB data tambahan (hanya 20GB selepas 30 September)

Digi Prepaid NEXT

  • Pas Harian RM3 – 3GB data tambahan (hanya 2GB selepas 30 September)
  • Pas Harian RM6 – 7.5GB data tambahan (hanya 5GB selepas 30 September)
  • Pas Mingguan RM12 – 15GB data tambahan (hanya 10GB selepas 30 September)

Semua pas 5G Booster ini boleh dilanggan menerusi aplikasi Celcom Life atau MyDigi. Untuk maklumat lanjut, layari laman 5G Celcom dan 5G Digi.

Bacaan Berkaitan

  • 5G percuma untuk pengguna Celcom dan Digi dilanjutkan sehingga 31 Mei
  • CelcomDigi: 5G tersedia untuk pelanggan prabayar dan pascabayar, percuma hingga 30 April 2023
  • Pelanggan Celcom kini boleh pergi ke Digi Store, dan sebaliknya, untuk berurusan
Tags: celcomCelcomDigidigixpax
Najib

Najib

POPULAR

Akses 5G percuma CelcomDigi dilanjut sebulan lagi, lancar pas 5G Booster dengan kuota tambahan

Akses 5G percuma CelcomDigi dilanjut sebulan lagi, lancar pas 5G Booster dengan kuota tambahan

2 June 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER