• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vision Pro: Ini piawaian gogel AR seperti visi Apple, jangan tengok harganya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:33 am
  • 06/06/2023
  • Komen
Vision Pro: Ini piawaian gogel AR seperti visi Apple, jangan tengok harganya
Share on FacebookShare on Twitter

Apple memaklumkan yang mereka telah merevolusikan gogel realiti maya dengan Apple Vision Pro. Ia adalah gogel AR yang dibangunkan Apple sejak tujuh tahun lalu dengan menyatupadukan pengalaman mereka membangunkan komputer, telefon, dan jam tangan.

Daripada segi fizikaliti, seperti biasa Vision Pro menerima sentuhan kejuruteraan Apple yang teliti. Gogel ini tidak nampak berselirat dengan kabel sebaliknya minimalis dengan kaca pelindung berkontur di bahagian depan dengan dan tali getah pengikat dibelakang kepala yang unik.



Apple katanya menggunakan segala bahan paling ringan boleh mereka temukan untuk menghasilkan Vision Pro. Kerangka Vision Pro dibangunkan daripada alumunium untuk keteguhan. Kemasan yang sama boleh anda temukan pada Airpods Pro.

Apple malahan memisahkan unit bateri untuk meminimumkan beban yang dirasai kepada pemakai. Unit bateri disambungkan kepada bateri menggunakan kabel dan bateri itu disimpan di dalam poket.



Melalui pembentangan, kelihatan set kepala ini cuma ada satu butang fizikal iaitu roda crown seperti pada Apple Watch untuk mengawal luas pandang paparan maya.

Bercakap tentang kawalan, tiada aksesori tambahan diperlukan untuk mengawal antara muka Airpods Pro. Menggunakan sistem kamera yang berada di bahagian depan gogel, ia senantiasa melihat jari anda untuk mengesan sebarang input yang ingin diberikan. Kamera juga terbina di bahagian dalam gogel mengala ke mata anda, juga untuk mengesan input. Apple menggelar kaedah memberikan input ini sebagai spatial computing.

Apple Vision Pro diperkasa cip Apple M2 yang boleh ditemukan pada banyak produk Mac. Namun, ia cip tersebut telah digandingkan dengan cip baharu yang dinamakan Apple R1. Tugas Apple R1 adalah mengendalikan input daripada sensor-sensor yang bertebaran disekitar gogel, daripada kamera mata, kamera persekitaran, sehinggalah giroskop. Apple katanya telah menghapuskan sela masa antara input luar dengan gerak balas yang dipaparkan dalam Vision Pro.

Vision Pro menggunakan panel paparan micro-OLED. Kepadatan pikselnya amat tinggi dan menurut Apple, mereka memuatkan 64 piksel dalam ruang yang menempatkan 1 piksel pada iPhone. Ia menjadikan sebelah mata pemakai melihat resolusi setinggi 4K.

Apa yang Apple Vision Pro boleh buat?

Berdasarkan pembentangan, segala macam manfaat VR boleh dijalankan daripada produktiviti sehinggalah bermain. Ia tidak memerlukan sbearang aksesori tambahan untuk berinterasi dengan VisionOS, sistem oeprasi baharu yang dibangunkan Apple khas untuk produk ini tapi anda masih boleh gunakan papan kekunci dan Magic Keyboard untuk memasukkan input jika perlu.

Ruang kerjanya adalah tidak terbatas kerana anda boleh lancarkan aplikasi di seluruh pandangan anda. Seperti biasa, ia bersinergistik dengan produk Apple yang lain. Vision Pro boleh jadi paparan sekunder untuk Macbook anda.

Salah satu perkara unik adalah ia mempunyai panel paparan yang menghadap ke hadapan. Apabila berinteraksi dengan dunia luar seperti bercakap dengan orang dihadapan anda, paparan ini akan mempamerkan mata anda untuk membuatkan seperti anda sedang melihat kepada orang yang sedang anda bercakap. Apple menggelar teknologi sebagai “EyeSight”.

Apple Vision Pro akan mula menjengah pasaran awal 2024 nanti pada harga USD3,499 (~RM16,000).

Tags: appleapple vision pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Vision Pro: Ini piawaian gogel AR seperti visi Apple, jangan tengok harganya

Vision Pro: Ini piawaian gogel AR seperti visi Apple, jangan tengok harganya

6 June 2023
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

27 April 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN