• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Haji 2023: Ini himpunan info pas roaming daripada 7 telco

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:42 am
  • 07/06/2023
  • Komen
Haji 2023: Ini himpunan info pas roaming daripada 7 telco
Share on FacebookShare on Twitter

Masih tercari-cari telco mana yang tawarkan produk perayauan yang berbaloi untuk dilanggan sewaktu ibadah Haji tahun 2023? Dalam artikel ini ada maklumat tentang produk perayauan daripada 6 telco utama negara iaitu:

  • Celcom
  • Digi
  • Maxis
  • U Mobile
  • Unifi Mobile
  • Yes 5G
  • Yoodo

Digi

Digi ada pas perayauan 30 hari pada harga RM95.



Dengan pas tersebut, anda menerima 30GB kuota Internet dengan tempoh sah selama 30 hari bersama-sama kuota panggilan suara 30 minit. 30GB untuk sebulan sangatlah cukupuntuk sepanjang tempoh keberadaan anda di Arab Saudi (penggunaan kasual) dan lebih baik, anda boleh kongsi dengan orang lain melalui fungsi hotspot dan ia turut didatangkan dengan kuota panggilan suara sebanyak 30 minit.

Menariknya tentang pas ini adalah ia berbilang negara. Contohnya kalau anda lakukan pengembaraan benua Eropah, anda boleh guna pas yang sama merentasi negara tanpa perlu melanggan pas baharu.



Sebanyak 77 negara disenaraikan tempat anda boleh gunakan pas perauan Digi RM30 ini.

Anda boleh layari laman rasmi produk perayauan Digi untuk maklumat lanjut.

Celcom

Celcom juga ada penawaran yang agak menarik dan saya letakkannya di tempat kedua. Untuk maklumat anda, pas yang sama ditawarkan untuk kedua-dua pelanggan pascabayar dan juga prabayar.

Sumber

Pas yang dimaksudkan adalah Celcom 30-day Unlimited Internet pass. Spesifikasinya adalah seperti berikut:

  • Harga langganan RM98
  • Tempoh sah 30 hari
  • Kuota tanpa had
  • FUP 2GB/hari dan kelajuan turun kepada 1Mbps sekiranya terlebih

Kekurangan utama perayauan Celcom ini adalah FUP yang dikenakan. Mungkin untuk kegunaan kasual, 2GB cukup. Tapi, kalau anda merancang untuk berkongsi dengan orang lain, 2GB adalah tidak cukup kecualilah anda cuma gunakan perayauan secara eksklusif untuk aplikasi permesejan.

Sumber

Yoodo

Penawaran Yoodo agak unik. Anda tidak membeli pas kuota sebaliknya pas gunakan kuota data tempatan anda di luar negara. Contohnya, anda langgan promo RM20/20GB dan anda beli pas Yoodo, anda bawa 20GB anda ke luar negara untuk digunakan. Tidak terhad kepada kuota Internet, panggilan suara juga ada.

Namun, harga pas bukanlah murah dan perlu diingatkan yang anda masih perlu beli kuota Internet.

Anda boleh layari laman rasmi produk perayauan Yoodo untuk maklumat lanjut.

Maxis

Maxis ada pelan yang hampir sama dengan Celcom iaitu 30 Days World Unlimited Data Pass pada harga RM99. Nama sahaja Unlimited tapi kuota berkelajuan tinggi ada FUP pada 2GB dan selepas melewati paras tersebut, kelajuan akan duturunkan kepada 1Mbps yang pada saya masih munasabah untuk berkomunikasi.

Isu terbesar pelan ini adalah ia cuma ditawarkan untuk pelanggan Maxis Postpaid dan Maxis Unlimited Postpaid & Fibre. Buat pelanggan prabayar Hotlink, satu-satunya penawaran yang ada adalah RM38/hari.

Sumber

U Mobile

U Mobile menawarkan pelan perayauan pada harga RM36/hari.

Menariknya dengan pas ini adalah anda menikmati Internet tanpa had pada kelajuan penuh berdasarkan laman FAQ U Mobile.

Anda boleh layari laman rasmi produk perayauan U Mobile untuk maklumat lanjut.

Unifi Mobile

Unifi Mobile tawarkan pas perayauan pada harga RM38/hari. Arab Saudi termasuk dalam kategori Nonstop Roaming Pass bermakna anda beroleh kuota Internet tanpa had. Tiada maklumat FUP keras dikongsikan, besar kemungkinan kelajuan yang bakal anda nikmati juga tidak dihadkan.

Anda boleh layari laman rasmi produk perayauan Unifi Mobile untuk maklumat lanjut.

Yes 5G

Yes 5G menawarkan pelan perayauan pada harga RM38/hari. Pelan tersebut memberikan anda sebanyak 400MB data.

Anda boleh layari laman rasmi produk perayauan Yes 5G untuk maklumat lanjut.

Tags: celcomdigihaji 2023maxisPerayauan InternetRoamingu mobileUnifi mobileyes 5gyoodo
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Haji 2023: Ini himpunan info pas roaming daripada 7 telco

Haji 2023: Ini himpunan info pas roaming daripada 7 telco

7 June 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER