• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung kantoi akan lancar telefon lipat Galaxy Z Fold 5 & Galaxy Z Flip 5 pada Julai ini

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:30 pm
  • 07/06/2023
  • Komen
Samsung lancar Galaxy Z Fold 4, tiada pembaharuan gempak tetapi kekal telefon lipat terhebat
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung kebiasaannya akan mengadakan acara Galaxy Unpacked pada separuh kedua setiap tahun untuk pelancaran siri telefon lipatnya. Untuk tahun ini adalah giliran Galaxy Z Fold 5 dan Galaxy Z Flip 5. Walaupun tidak jelas bila tarikh dan dimana ia akan dilancar, tapi laman berita Samsung Australia secara tidak sengaja telah mengesahkan keberadaan acara tersebut serta pelancaran kedua-dua telefon lipat itu.

Bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan oleh Samsung Australia kemudiannya terus dipadam, memberi bayangan ia adalah satu kesilapan oleh pihak Samsung di sana. Tapi sumber Sammobile sempat mengambil kenyataan yang diterbit, dan kenyataan masih boleh dilihat di cache Google.



Menurut kenyataan akhbar Samsung, acara Galaxy Unpacked seterusnya dilaporkan akan mengambil tempat di bandar Seoul iaitu di Convention and Exhibition Center (COEX), Samseong-dong di Gangnam pada 27 Julai tahun ini. Ini merupakan kali pertama acara Unpacked dilakukan di Korea kerana sebelum ini hanya dilakukan sekitar Eropah atau di Amerika Syarikat.

Samsung juga menyatakan perubahan hala tuju mereka untuk pelancaran telefon lipat, dengan merancang untuk mengadakannya di bandar budaya terkenal di seluruh dunia yang sepadan dengan tema yang ditetapkan bagi setiap acara.



Di samping itu, kedua-dua Galaxy Z Flip 5 dan Galaxy Z Fold 5 dijangka akan menggunakan engsel baru yang dipanggil teardrop, yang dapat membantu telefon dilipat tanpa ada jurang di antara skrin, di samping mengurangkan kesan lipatan. Galaxy Z Flip 5 dikatakan mempunyai paparan luar yang lebih besar berbanding model terdahulu.

Telefon lipat terbaru Samsung hampir pasti akan dikuasakan Snapdragon 8 Gen 2 versi overclock, cip sama yang terdapat di siri Galaxy S23. Perkara yang mungkin dinaik taraf pada kedua-dua model adalah penarafan air dan debu IP58, jauh lebih baik berbanding IPX8 pada model terdahulu.

Tahun lepas Samsung masih boleh santai kerana tiada saingan dalam pasaran telefon lipat. Tapi tahun ini kita boleh lihat lebih banyak telefon lipat memasuki pasaran antaranya Honor Magic Vs, Oppo Find N2 Flip, Huawei Mate X3, Google Pixel Fold dan Tecno Phantom V Fold. Jadi, apa perubahan yang Samsung akan bawa untuk memenangi hati pengguna? Untuk maklumat lebih terperinci, nantikan pelancaran Galaxy Z Flip 5 dan Galaxy Z Fold 5 pada akhir Julai nanti.

[Sumber: Sammobile]

Tags: Galaxy Z Flip 5Galaxy Z Fold 5samsung
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Samsung lancar Galaxy Z Fold 4, tiada pembaharuan gempak tetapi kekal telefon lipat terhebat

Samsung kantoi akan lancar telefon lipat Galaxy Z Fold 5 & Galaxy Z Flip 5 pada Julai ini

7 June 2023
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN