• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Synology pecah tradisi, kini mereka juga ada produk pemacu kilat BeeDrive

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:50 am
  • 08/06/2023
  • Komen
Synology pecah tradisi, kini mereka juga ada produk pemacu kilat BeeDrive
Share on FacebookShare on Twitter

Synology memang terkenal dengan produk Network Attached Storage. Sebelum ini mereka lebih tertumpu kepada pengguna perusahaan berbanding persendirian. Tapi kini tak lagi, Synology kini ada produk yang boleh digunakan oleh pengguna kebanyakan. Salah satu daripadanya adalah BeeDrive yang baharu.

Ia lebih unik kerana ini mungkin produk pertama mereka dalam kategori pemacu kilat tapi ia bukanlah sekadar storan, sebaliknya pusat sehenti untuk keselamatan dokumen digital anda.



BeeDrive nampak seperti pemacu kilat biasa. Ia ada badan berbentuk segi empat sama. Ada satu port USB-C 3.2 Gen 2 (10Gbps) dengan kelajuan perpindahan sehingga 1050MB/s. Ia tahan hentakkan pada paras sehingga 2 meter.

Kelebihan BeeDrive berbanding produk pesaing lain terletak pada solusi keselamatan data yang ditawarkannya yang menjadi teras kekuatan Synology. Untuk menggunakan BeeDrive secara sepenuhnya, terdapat perisian khas yang boleh pasang pada PC, MAC, Android ataupun iPhone.



Menggunakan perisian itu, pengguna boleh lakukan salinan pendua kepada dokumen kerja secara automatik sejurus disambungkan. Ia boleh menyimpan sehingga 5 versi salinan dokumen sekiranya tanpa sengaja pengguna terpadam sesuatu dokumen.

Dengan BeeDrive terpasang di komputer, pengguna boleh juga melakukan salinan pendua menggunakan Wi-Fi di telefon, asalakan telefon dan BeeDrive berada dalam rangkaian Wi-Fi yang sama.

Dengan solusi keselamatan data yang utuh, BeeDrive dilihat sebagai satu produk yang sesuai untuk pengguna yang memiliki lebih daripada satu komputer kerja yang perlu sentiasa memastikan dokumen-dokumen berada dalam versi terkini.

BeeDrive boleh didapati dalam kapasiti 1TB dan 2GB. Dalam pasaran A.S sana, variasi 1TB dijual pada harga USD129 (RM594) manakala 2TB pada harga USD199 (RM917)

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: synologysynology beedrive
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Synology pecah tradisi, kini mereka juga ada produk pemacu kilat BeeDrive

Synology pecah tradisi, kini mereka juga ada produk pemacu kilat BeeDrive

8 June 2023
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN