• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Astro

Astro tawar pelan gabungan internet dan pek hiburan lebih murah di Sabah

  • OLEH Najib
  • 5:04 pm
  • 09/06/2023
  • Komen
Astro tawar pelan gabungan internet dan pek hiburan lebih murah di Sabah
Share on FacebookShare on Twitter

Pengguna di Sabah kini boleh mula mendapatkan pek hiburan Astro bersama internet jalur lebar pada harga lebih murah. Astro hari ini mengumumkan kerjasama dengan Celcom Timur (Sabah) Sdn. Bhd. bagi menyediakan internet jalur lebar berkelajuan tinggi kepada 118,000 premis kediaman di Sabah.

Lokasi-lokasi yang berpeluang melanggan tawaran terbaru Astro ini adalah seperti bandar Kota Kinabalu, Tawau, Semporna, Kunak, Sandakan, Penampang, Lahad Datu, Beaufort, Keningau, Kota Belud, Kota Marudu, Kudat, Putatan, Ranau, Tenom dan Tuaran. Sebagai tawaran pengenalan, pengguna di Sabah boleh melanggan pelan Astro Fibre dan Pek Primary Astro dari serendah RM129.99/bulan.



Tawaran pengenalan RM129.99/bulan ini menggabungkan pelan Astro Fibre 50Mbps dan Pek Primary Astro yang menyediakan lebih 80 saluran dan aplikasi mudah alih Astro Go. Pelanggan boleh menikmati pelbagai saluran percuma di Malaysia, serta kandungan eksklusif keluaran Astro seperti melodrama Hijrah Jannah, pertandingan nyanyian realiti Big Stage 5, rancangan pengembaraan SHARP Travel with Mommy dan rancangan game show popular Family Feud Malaysia Tamil.

Jika perlukan lebih kandungan hiburan, boleh melanggan pelan Astro Fibre 50Mbps dan Pek Movies berharga RM154.99/bulan. Selain saluran asas dan kandungan eksklusif Astro, pelanggan juga dapat menikmati saluran seperti HBO, Cinemax, Hits Movies, Zee Cinema dan tvN Movies. Turut disediakan akses kepada platform penstriman Disney+ Hotstar dan HBO Go.



Peminat sukan pula boleh mendapatkan pelan Astro Fibre 50Mbps dan Pek Sports berharga RM159.99/bulan. Ia memberi akses kepada pelbagai saluran siaran sukan seperti Astro Arena Bola, Astro SuperSport, SPOTV, beIN Sports dan Eurosport. Lebih menarik lagi, pelanggan yang memilih Plug & Play juga boleh menikmati Astro serta-merta dengan pemasangan sendiri yang mudah dan penstriman melalui internet untuk menonton Astro tanpa sebarang gangguan cuaca.

Semua harga tawaran Astro Fibre ini hanya untuk pelanggan dengan kontrak 24-bulan sahaja, tertakluk kepada terma dan syarat. Mereka yang berminat untuk melanggan, boleh melayari laman web www.astro.com.my.

Bacaan Berkaitan

  • Astro tambah WeTV di Ultra Box, tawar harga langganan yang lebih murah
  • Astro tawar kombo pek sukan dan jalur lebar 50Mbps pada RM169.99 sahaja
  • Astro Fibre tembusi Malaysia Timur, bermula dengan Sabah
  • 5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150
Tags: astroAstro Fibre
Najib

Najib

POPULAR

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

21 August 2025
Astro tawar pelan gabungan internet dan pek hiburan lebih murah di Sabah

Astro tawar pelan gabungan internet dan pek hiburan lebih murah di Sabah

9 June 2023
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
Ryt PayLater: BNPL dari Ryt Bank dengan 0% faedah & ansuran hingga 12 bulan

Ryt PayLater: BNPL dari Ryt Bank dengan 0% faedah & ansuran hingga 12 bulan

25 August 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Kini ada lagi banyak cara kumpul GrabRewards, ini tip untuk maksimumkan ganjaran anda!

Kini ada lagi banyak cara kumpul GrabRewards, ini tip untuk maksimumkan ganjaran anda!

31 July 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER