• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TV OLED pertama Toshiba di Malaysia turun harga dan kredit TNG eWallet RM700 menanti si pembeli

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:03 pm
  • 09/06/2023
  • Komen
TV OLED pertama Toshiba di Malaysia turun harga dan kredit TNG eWallet RM700 menanti si pembeli
Share on FacebookShare on Twitter

Toshiba TV X9900L adalah TV OLED pertama daripada Toshiba untuk pasaran Malaysia. Ia menyertai barisan TV berjenama Toshiba yang sedia ada dalam pasaran Malaysia sejak tahun 2021 lalu. X9900L dilancarkan dalam bulan April 2023 pada harga RM15,999 tapi kini satu promosi menarik sedang berjalan sehingga 30 Jun 2023.

Buat anda yang berminat, Toshiba menawarkan X9900L pada harga RM10,999 ataupun potongan harga sebanyak RM5,000. Tidak terhad kepada potongan harga, Toshiba juga menyediakan baucar TNG eWallet bernilai RM700 untuk setiap penbelian.



Selain X9900L, 11 lagi model TV Toshiba turut diletakkan dibawah harga promosi dengan baucar TNG eWallet menanti bergantung kepada model. Berikut adalah perinciannya.

Spesifikasi Toshiba TV X9900L

Toshiba TV X9900L adalah TV sebesar 65” beresolusi 4K UHD.



Pengeluarnya mengetengahkan rekaan slim minimalis padanya dengan sebahagian besar TV ini mempunyai tebal 4.9mm. Ia menyokong teknologi seperti:

  • HDR 10+
  • IMAX Enhanced
  • Dolby Vision IQ
  • Dolby Vision-Atmos

TV ini juga menyokong input sehingga 120Hz. Jadi anda boleh manfaatkan komsol permainan generasi baharu PlayStation 5 dan mainkan permainan pada resolusi dan kadar bingkai tertinggi.

Daripada segi audio, Toshiba TV X9900L dilengkpai sistem audio REGZA 3.1.2 bunyi keliling. Ia bermakna anda mungkin tak perlukan sistem audio tambahan untuk pengalaman audio yang baik.

Daripada segi port I/O, TV ini dilengkapi 4 port HDMI dengan salah satunya menyokong e-ARC. Anda juga terima port USB, optikal, dan Ethernet untuk ketersambungan yang lebih versatil. Untuk sambungan tanpa kabel, pengguna boleh memanfaatkan Bluetooth dan Wi-Fi 6.

TV ini tidaklah mendukung sistem operasi Android TV sebaliknya sistem operasi proprietari. Namun begitu, aplikasi-aplikasi penstriman utama boleh dipasang.

Tags: oledToshibatoshiba tv oled x9900lTV
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

TV OLED pertama Toshiba di Malaysia turun harga dan kredit TNG eWallet RM700 menanti si pembeli

TV OLED pertama Toshiba di Malaysia turun harga dan kredit TNG eWallet RM700 menanti si pembeli

9 June 2023
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

4 August 2026
Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

3 August 2026
Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

31 July 2026
Pemanas air segera Rubine ini cuma 45mm tebal, rekod paling nipis di Malaysia

Pemanas air segera Rubine ini cuma 45mm tebal, rekod paling nipis di Malaysia

31 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN