• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

WhatsApp melancar Channels, cara baru sebar berita tanpa dikecam

  • OLEH Najib
  • 11:39 am
  • 09/06/2023
  • Komen
WhatsApp melancar Channels, cara baru sebar berita tanpa dikecam
Share on FacebookShare on Twitter

WhatsApp hari ini mengumumkan kedatangan ciri baru, Channels. Ia merupakan peralatan untuk penyebaran berita sehala oleh pentadbir (admin) menghantar pelbagai bentuk mesej seperti perkataan, gambar, video, pelekat dan pengundian.

Dengan Channels, orang ramai boleh menerima berita penting dan terkini dengan mudah, cepat dan peribadi, daripada individu atau organisasi yang mereka mahu terus di dalam WhatsApp.



Cara menyertai dan melihat Channels

Untuk melihat Channels, pengguna perlu pergi ke bahagian Status. WhatsApp juga mengubah antaramuka status, menjadikannya dalam bentuk bulatan seperti di Facebook dan Instagram. Manakala Channels, akan disenaraikan di bahagian bawah Status. Pengguna boleh menatal ke bawah untuk melihat lebih banyak kemaskini Channels.

Untuk menyertai Channels yang diingini, pengguna WhatsApp boleh membuat carian nama menerusi senarai yang disediakan. Channels tersebut juga boleh disertai menerusi pautan jemputan yang dikongsi menerusi perbualan, e-mail atau dari mana-mana sahaja.



Data peribadi admin dan pengguna dilindungi

WhatsApp mahu menjadikan Channels sebagai saluran penyebaran paling peribadi. Antaranya, melindungi maklumat peribadi admin dan pengikut Channels tersebut. Sebagai admin, nombor telefon dan gambar profail tidak akan diperlihat kepada pengikut. Untuk pengikut, nombor telefon mereka juga tidak akan diketahui oleh admin atau pengikut lain.

Mesej di Channels juga tidak akan tinggal selama-lamanya. Sejarah Channels akan disimpan di dalam komputer pelayan WhatsApp selama 30 hari sahaja. WhatsApp juga akan menyediakan pilihan untuk memadamnya dengan lebih cepat. Admin juga akan diberi pilihan untuk menghalang tangkap layar atau ‘forward’ mesej ke luar Channels.

Selain itu, Admin juga boleh menetapkan untuk siapa yang boleh mengikut Channels mereka dan sama ada Channels tersebut boleh dicari atau tidak. Bagaimanapun, sebagai saluran terbuka untuk orang ramai, Channels tidak akan disulitkan (encrypt) hujung-ke-hujung secara lalai. WhatsApp akan cuba menambah fungsi penyulitan di masa akan datang.

Channels bermula di dua negara

Sebagai permulaan, Channels dilancarkan di dua negara dahulu iaitu Singapura dan Colombia. Ia akan terdapat di lebih banyak negara tidak lama lagi dan akan dimaklumkan kelak.

Whether you’re interested in fitness, food, sustainability, or local updates, now there’s a WhatsApp Channel for that.

Here’s just a handful of Channels in Singapore 🇸🇬 that you can follow.

Make sure your app is updated 📲 pic.twitter.com/ppbR7Qvf6q

— WhatsApp (@WhatsApp) June 8, 2023

[Sumber: WhatsApp]

Bacaan Berkaitan

  • WhatsApp sedang uji ciri baru untuk hantar gambar di iOS dan Android, apakah ia?
  • WhatsApp kini boleh digunakan pada lebih daripada satu iPhone
  • WhatsApp tambah ciri edit mesej, tapi ada masa had selepas dihantar
Tags: whatsappWhatsApp Channels
Najib

Najib

POPULAR

WhatsApp melancar Channels, cara baru sebar berita tanpa dikecam

WhatsApp melancar Channels, cara baru sebar berita tanpa dikecam

9 June 2023
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER