• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

WhatsApp tambah ciri edit mesej, tapi ada masa had selepas dihantar

  • OLEH Putra Aziz
  • 12:12 pm
  • 23/05/2023
  • Komen
WhatsApp tambah ciri edit mesej, tapi ada masa had selepas dihantar
Share on FacebookShare on Twitter

WhatsApp telah melancarkan satu ciri baru yang dinanti-nantikan oleh pengguna iaitu kebolehan mengedit mesej. Sekarang pengguna ada pilihan untuk membuat pembetulan atau menambah konteks pada mesej yang telah dihantar. Di laman blog WhatsApp, ia menyatakan edit mesej boleh dibuat dalam masa 15 minit setelah mesej dihantar.

Untuk melakukannya, anda boleh tekan lama pada mesej yang ingin diubah dan tekan pilihan ‘Edit’. Mesej yang diubah akan ditanda ‘edited’ di sebelah tanda masa dan orang yang dimesej boleh melihat tanda tersebut. Jadi mereka akan sedar mesej telah diubah, tapi tidak akan nampak versi mesej sebelum diedit. Berbeza dengan Facebook. Orang ramai boleh melihat mesej asal yang telah diubah, walaupun banyak kali diubah.



Penambahan ciri ini sudah tentu akan memudahkan pengguna jika terdapat kesilapan pada di mesej yang dihantar. Sehingga sekarang pengguna hanya ada pilihan untuk memadam mesej atau menghantar mesej pembetulan yang baru sahaja.

WhatsApp dilihat agak ketinggalan dari aplikasi pemesejan lain seperti Telegram yang telah sekian lama memperkenalkan ciri edit mesej. Sebagai perbandingan, Telegram memberi masa untuk pengguna mengubah mesej sehingga 48 jam, jauh lebih panjang dari 15 minit yang diberikan WhatsApp.



WhatsApp mengatakan ciri edit mesej ini telah mula dilancarkan kepada pengguna secara global dan akan tersedia kepada semua orang dalam beberapa minggu akan datang.

[Sumber: WhatsApp]

Tags: whatsapp
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

SKMM kompaun Awesome TV RM250,000 atas pelbagai kesalahan, termasuk beroperasi tanpa lesen

SKMM kompaun Awesome TV RM250,000 atas pelbagai kesalahan, termasuk beroperasi tanpa lesen

25 Mei 2023
Apple pecah rekod, 8 dari 10 telefon terbanyak dijual tahun lepas adalah iPhone!

[PROMO] iPhone 13, iPhone 12 & iPhone 11 dijual pada harga serendah RM1,999

25 Mei 2023
Pelan Netflix lebih murah dijangka tiba akhir tahun ini, dengan syarat tambahan

10 alternatif penstriman selain Netflix di Malaysia

31 Mei 2023
Kongsi akaun Netflix akan mula dikenakan bayaran tahun hadapan

Netflix Household: Ini caranya untuk berkongsi akaun

26 Mei 2023
Edisi 2023: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2023: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

10 Januari 2023
Tiada momen yang terlepas daripada lensa Galaxy S23 Ultra, ini sebabnya

Tiada momen yang terlepas daripada lensa Galaxy S23 Ultra, ini sebabnya

27 Mei 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER