• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Apple Vision Pro hadapi masalah tanda dagang jika ingin dijual di China

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:41 pm
  • 12/06/2023
  • Komen
Apple Vision Pro hadapi masalah tanda dagang jika ingin dijual di China
Share on FacebookShare on Twitter

Apple Vision Pro adalah titik permulaan pengembaraan Apple dalam dunia gogel AR/VR. Sewaktu diperkenalkan, pengeluarnya mengumumkan penjualan produk ini seawal 2024 untuk pasaran Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, sekiranya produk ini ingin menembusi pasaran China kelak, mungkin ada sedikit cabaran yang perlu mereka atas terlebih dahulu. Dilaporkan bahawa nama “Vision Pro” sudahpun didaftarkan tanda dagangnya oleh Huawei dalam bulan Mei 2019 dahulu.

Ia berdasarkan pengkalan data pendaftaran tanda dagang bernombor 38242888 yang mengurniakan tanda dagang Vision Pro kepada Huawei sehingga 27 November 2031 yang merangkumi produk dan servis termasuklah TV, gogel, dan kelengkapan komunikasi.



Hal ini bermakna, Apple tidak boleh menggunakan frasa Vision Pro untuk memasarkan gogel mereka di China kelak.

Ada beberapa laluan yang boleh diambil oleh Apple berdasarkan pemerhatian. Laluan pertama adalah menukar nama Vision Pro kepada nama lain yang tidak akan bercanggah dengan mana-mana tanda dagang yang telahpun didaftarkan dalam pasaran China. Pilihan ini palih efisien namun kehilangan nama Vision Pro mungkin sedikit mencacatkan ketekalan pengenalan produk dalam kalangan pengguna.



Huawei ada satu produk TV yang bernama Huawei Vision S

Laluan kedua adalah rundingan antara Apple dan Huawei bagi membolehkan nama Vision Pro kekal digunakan untuk merujuk kepada set gogel AR/VR ini. Sekiranya rundingan dilakukan, Huawei sudah tentu inginkan benda-benda yang menguntungkan pihaknya.

Laluan terakhir adalah Apple tidak langsung melancarkan Vision Pro di China. Namun, Apple akan terlepas potensi pasaran pengguna terbesar mereka.

Apakah solusi yang anda rasakan akan Apple ambil?

Sumber: Gizmochina

Bacaan berkaitan

Vision Pro: Ini piawaian gogel AR seperti visi Apple, jangan tengok harganya

PROMO: Jualan Gudang Machines ada iPhone serendah RM699, iPad dari RM749 & banyak produk Apple lebih murah

WatchOS 10 akan tiba suku ketiga tahun ini, apa yang baharu tentangnya?

Tags: appleapple vision proarar/vrgogelvr
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Apple Vision Pro hadapi masalah tanda dagang jika ingin dijual di China

Apple Vision Pro hadapi masalah tanda dagang jika ingin dijual di China

12 June 2023
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN