• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Penaja

Banyak faedah untuk Belia & rakyat dalam Belanjawan 2023. Ini cara untuk semak semua faedah yang boleh anda terima

  • OLEH Penaja
  • 2:40 pm
  • 13/06/2023
  • Komen
Banyak faedah untuk Belia & rakyat dalam Belanjawan 2023. Ini cara untuk semak semua faedah yang boleh anda terima
Share on FacebookShare on Twitter

[Artikel ini dibawakan oleh Kementerian Kewangan]

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerajui Kerajaan Perpaduan telah membentangkan Belanjawan 2023, Malaysia MADANI pada 24 Februari lepas. Dalam pembentangan tersebut, beliau selaku Menteri Kewangan telah menerangkan halatuju perbelanjaan kerajaan untuk tahun 2023.

Antara intipati belanjawan tersebut adalah faedah dan penjimatan yang boleh dinikmati rakyat Malaysia. Malah, ada banyak faedah yang diumumkan khusus untuk belia dan semua golongan rakyat di Malaysia.

Mungkin ada yang tidak mengetahui semua faedah yang telah diumumkan. Oleh sebab itu, Kementerian Kewangan (MOF) telah membangunkan laman web Manfaat – Pelancar Carian Belanjawan 2023. Ia merupakan platform untuk memudahkan carian berkaitan bantuan Belanjawan 2023 yang bersesuaian untuk rakyat Malaysia.

Di bawah ini kami kongsikan beberapa bantuan yang disediakan khusus untuk belia dan semua golongan rakyat yang kami temui dalam laman web Manfaat.

1. e-Tunai Belia Rahmah

Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM400 juta untuk belia berumur 18-20 tahun atau penuntut IPT sepenuh masa yang layak. Sebanyak RM200 akan diberikan dalam bentuk kredit e-wallet, untuk menggalakkan pembayaran secara offline tanpa tunai. Ia akan diberikan mulai akhir Jun 2023.

2. Penangguhan dan Diskaun Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)  yang berpendapatan bulanan RM1,800 ke bawah  boleh membuat penangguhan bayaran balik untuk tempoh 6 bulan dengan permohonannya dibuka bermula 1 Mac 2023 hingga 30 Jun 2023.    

Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN turut telah ditawarkan tempoh hari yang dibuka sehingga 31 Mei 2023.

3. Elaun Mobiliti – PERKESO

Bantuan sekali beri antara RM500 ke RM1,000 diberikan kepada mereka yang mendapat pekerjaan baharu, bertujuan meringankan beban memulakan pekerjaan yang melibatkan penghijrahan jarak jauh.

4. Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) – SSM

Pengecualian Yuran Pendaftaran perniagaan bagi usahawan B40 & pelajar IPT Awam/Swasta bertujuan untuk menggalakkan mereka berniaga, terhad kepada tempoh 1 tahun sahaja.

5. Pembangunan Pusat Satelit MYFutureJobs Di UTC Seluruh Malaysia – PERKESO

UTC di seluruh negara akan dinaik taraf dan dijadikan sebagai Pusat Satelit MYFutureJobs yang menyediakan khidmat pekerjaan seperti jawatan kosong, sesi temu duga bersama majikan dan kaunseling kerjaya untuk manfaat pencari kerja termasuk bakal graduan.

6. Program Bina Kerjaya Sektor Tidak Formal – PERKESO

Program Bina Kerjaya ini disediakan untuk membolehkan pekerja gig menjalani pengajian kursus pendek di IPTA atau IPTS dengan tanggungan bayaran latihan maksimum sebanyak RM2,500. Manakala bagi kategori pensijilan profesional dan microcredential yang diiktiraf layak menerima tanggungan maksimum sehingga RM4,000. Disamping itu, elaun RM300 sebulan bagi tempoh 3 bulan turut disediakan sebagai menggantikan pendapatan pekerja gig yang aktif dan sedang menjalani program latihan tersebut.

Kumpulan sasaran bagi program ini adalah pekerja gig atau individu bekerja sendiri yang mempunyai tahap pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ke bawah.

Individu juga boleh memohon sehingga maksima dua jenis latihan yang tertakluk kepada jumlah bayaran yuran maksimum mengikut kategori pensijilan.

7. Program Pekerjaan Jangka Pendek Malaysia (MySTEP)

MySTEP merupakan inisiatif Kerajaan yang menyediakan peluang pekerjaan jangka pendek (kontrak) di pelbagai Kementerian, Agensi Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Rakan Strategik. Ia disediakan khusus buat warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas daripada pelbagai latar belakang akademik untuk memberi pengalaman kerja bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka.

8. Tanggungan bayaran ujian memandu untuk perkhidmatan penghantaran gig

Khas untuk belia B40 yang mahu meraih pendapatan melalui pemberian perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal, Kerajaan akan menanggung sepenuhnya bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2 dan bayaran lesen teksi, bas dan e-hailing sehingga mendapat lesen.

9. Pelepasan Kebankrapan

Inisiatif ini untuk membantu rakyat yang bankrap dengan jumlah baki hutang tidak melebihi RM50,000, dilepaskan daripada kebankrapan bermula 1 Mac 2023.

10. Pas Bulanan My50

My50 adalah pas perjalanan tanpa had selama 30 hari untuk Rapid KL LRT, MRT, Monorail, BRT, bas Rapid KL dan bas perantara MRT di Lembah Klang. Untuk Pulau Pinang, Pas My50 Mutiara menawarkan 30 hari perjalanan tanpa had untuk semua warganegara yang menggunakan servis bas Rapid Penang.

11. Skim Pembiayaan TEKUN

Pelbagai jenis pinjaman disediakan di bawah TEKUN untuk membantu pelbagai lapisan masyarakat, antaranya:

  1. Skim Pembiayaan Tekun Niaga – Kemudahan pembiayaan bagi usahawan mikro bertujuan untuk membiayai keperluan perniagaan
  2. Skim Pembiayaan Teman Tekun – Kemudahan pembiayaan bagi usahawan mikro secara berkumpulan bertujuan untuk membantu usahawan berdaya saing dalam perniagaan
  3. Skim Pembiayaan Lanjutan Usahawan Setia (PLUS) – Kemudahan pembiayaan bagi usahawan B40 bertujuan untuk membiayai keperluan perniagaan
  4. Skim Pembiayaan Kontrak-i – Kemudahan pembiayaan bagi usahawan mikro yang telah mendapat kontrak kerja tetapi kekurangan modal bertujuan untuk mendapatkan modal tambahan
  5. Skim Pembiayaan Online Tekun (SPOT) – Kemudahan pembiayaan bagi usahawan dalam talian bertujuan untuk mengembangkan perniagaan secara dalam talian
  6. Program Pembangunan Usahawan Siswazah (PPUS) – Program pinjaman bagi golongan siswazah yang kekurangan modal bertujuan untuk memulakan perniagaan
  7. Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 4.0 – Kemudahan pembiayaan bagi usahawan perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal bertujuan untuk baik pulih motosikal
  8. Skim Pembiayaan Program TemanNita – Kemudahan pembiayaan bagi usahawan mikro kaum wanita bertujuan untuk membiayai keperluan perniagaan

Ini baru 11 inisiatif yang membantu golongan belia dan B40 yang telah dibentangkan dalam Belanjawan 2023. Sebenarnya, ada banyak lagi manfaat boleh diperoleh oleh pelbagai lapisan masyarakat yang diumumkan dalam belanjawan tersebut.

Pastikan anda tidak terlepas untuk menikmati semua inisiatif yang diumumkan dan yang layak untuk anda. Cara paling mudah adalah dengan menyemak      semua perkara yang anda layak, menerusi laman web Manfaat – Pelancar Carian Belanjawan 2023.

#Belanjawan2023 #BelanjawanMADANI

Tags: MOFpenaja
Penaja

Penaja

POPULAR

Banyak faedah untuk Belia & rakyat dalam Belanjawan 2023. Ini cara untuk semak semua faedah yang boleh anda terima

Banyak faedah untuk Belia & rakyat dalam Belanjawan 2023. Ini cara untuk semak semua faedah yang boleh anda terima

13 June 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER