• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lebih mudah jana pendapatan dengan peraturan baru YouTube

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:44 pm
  • 14/06/2023
  • Komen
Kini video muzik lama boleh ditonton dalam resolusi tinggi HD
Share on FacebookShare on Twitter

YouTube sebelum ini telah menambah Shorts dalam Program Rakan Kongsi mereka, membolehkan pencipta kandungan untuk menjana wang melalui iklan daripada video pendek. Terdapat kelayakan untuk sertainya, tapi kini YouTube umum mereka telah merendahkan kriteria kelayakan supaya lebih mudah disertai.

Sebelum ini, Program Rakan Kongsi YouTube memerlukan sekurang-kurangnya 1,000 subscribers dengan 4,000 jam jumlah tontonan video YouTube dalam 12 bulan lepas atau 10 juta tontonan Shorts dalam tempoh 90 hari lalu. Tapi sekarang, hanya memerlukan 500 subscribers dan muat naik 3 video dalam tempoh 90 hari yang lalu, dengan sama ada 3,000 jam tontonan pada tahun lepas atau 3 juta tontonan Shorts dalam masa 90 hari.



Bagaimanapun, YouTube mengatakan kelayakan terbaru untuk Program Rakan Kongsi baru dikeluarkan untuk pencipta di Amerika Syarikat (U.S), United Kingdom, Kanada, Taiwan dan Korea Selatan dan akan beri lebih banyak akses pada kebanyakan negara pada masa depan.

Dengan menyertai Program Rakan Kongsi YouTube, pencipta boleh mengakses fitur menjana wang yang lebih banyak dari penonton seperti channel membership, Super Chat, Super Thanks, serta keupayaan untuk mempromosikan produk sendiri dengan YouTube Shopping.



Dalam masa yang sama, YouTube memaklumkan mereka telah kembangkan program affiliate YouTube Shopping kepada semua pencipta di US dalam Program Rakan Kongsi dengan lebih 20,000 subscriber. Program ini membenarkan pencipta untuk menampilkan produk dalam video atau Shorts dan peroleh komisen untuk barangan yang terjual.

Konsep penghasilan wang (monetization) masih kekal dengan peraturan sama. Jadi masih belum boleh untuk menjana pendapatan melalui iklan. Yang direndahkan cuma syarat Program Rakan Kongsi, di mana cara jana wangnya lain dari iklan.

[Sumber: YouTube]

Bacaan berkaitan

  • Youtube buka peluang jana wang melalui Shorts bermula 1 Februari ini
  • YouTube akan buang Stories bermula 26 Jun
  • YouTube Premium Malaysia naik harga kepada RM33.90
Tags: YouTube
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Kini video muzik lama boleh ditonton dalam resolusi tinggi HD

Lebih mudah jana pendapatan dengan peraturan baru YouTube

14 June 2023
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN