• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Samsung

Samsung mungkin lancar Galaxy S23 FE hujung tahun ini dengan kejutan yang sangat mengecewakan

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:24 pm
  • 15/06/2023
  • Komen
Samsung Galaxy S23 & S23+: SoC baharu dengan bateri lebih besar merentasi generasi
Share on FacebookShare on Twitter

Telah hangat diperkatakan bahawa Samsung akan menyambung siri FE pada tahun ini. Telefon ini terkenal dengan harganya yang mampu milik dan menawarkan prestasi yang baik serta rupa yang premium. Tapi Samsung tidak melancarkan sebarang telefon edisi peminatnya pada tahun lepas menyebabkan orang ramai untuk jangkakan ketibaannya pada tahun ini. Galaxy S23 FE bakal menampilkan cip GPU AMD Xclipse 920 yang dikatakan banyak masalah hingga menyebabkan Samsung terpaksa beralih kepada cip Qualcomm pada siri Galaxy 23.

Terbaru, laporan oleh Sammobile mengatakan Samsung akan melancarkan Galaxy S23 FE pada suku ke 3 2023, tapi tersedia untuk pasaran yang terpilih sahaja. Pelancaran yang lebih meluas akan dilakukan pada suku ke 4 2023, dan suku pertama 2024. Mungkin benar kerana S21 FE sebelumnya telah dilancarkan di sekitar tempoh masa tersebut.



Siri FE terbaru ini dikhabarkan akan dikuasakan oleh cip buatan Samsung iaitu Exynos 2200 untuk semua pasaran. Cip tersebut adalah cip yang sama terdapat pada telefon flagship Galaxy S22 di pasaran Eropah. Bagaimanapun, langkah ini sememangnya boleh dijangka untuk bantu mengekalkan harga siri FE dalam julat yang lebih rendah.

Jika Galaxy S23 FE dilancarkan kelak, cip Exynos 2200 akan berusia hampir dua tahun. Lebih-lebih lagi, cip Exynos 2200 sememangnya terkenal dengan prestasinya yang agak lemah dan jangka hayat bateri yang kurang memuaskan berbanding Snapdragon 8 Gen 1.



Namun, bahagian kameranya dimaklumkan akan dinaik taraf untuk setanding dengan Galaxy S23 iaitu kamera utama 50MP. Merupakan satu naik taraf yang besar berbanding 12MP di Galaxy S21 FE. Storannya dijangka akan hadir dalam dua pilihan sama ada 128GB atau 256GB dengan pilihan RAM 6GB atau 8GB. Kapasiti bateri masih sama pada 4,500mAh yang menyokong pengecasan 25W.

Kedatangan Samsung Galaxy S23 FE nanti akan boleh dilihat bersaing telefon bertaraf flagship lain seperti Nothing Phone 2 yang bakal dilancarkan pada Julai ini. Tapi dilihat Nothing Phone 2 akan lebih digemari pengguna kerana menggunakan cip yang lebih baik Snapdragon 8+ Gen 1.

[Sumber: Sammobile]

Bacaan berkaitan

  • Galaxy S23 FE dijangka hadir tanpa cip khas untuk Galaxy
  • Samsung kantoi akan lancar telefon lipat Galaxy Z Fold 5 & Galaxy Z Flip 5 pada Julai ini
  • Samsung Galaxy A24 diberi warna baru, ada promosi dengan setiap pembelian
Tags: Galaxy S21 FEsamsungSamsung Galaxy S23 FE
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Samsung Galaxy S23 & S23+: SoC baharu dengan bateri lebih besar merentasi generasi

Samsung mungkin lancar Galaxy S23 FE hujung tahun ini dengan kejutan yang sangat mengecewakan

15 June 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER