• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy A24 diberi warna baru, ada promosi dengan setiap pembelian

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:25 pm
  • 29/05/2023
  • Komen
Samsung Galaxy A24 dilancar dengan sokongan OS setara Galaxy S23
Share on FacebookShare on Twitter

Pada awal bulan Mei, Samsung telah melancarkan telefon pintar mampu milik mereka Galaxy A24 untuk pasaran Malaysia. Ia didatangkan dengan tiga varian warna iaitu Merah Gelap, Hijau Terang dan Hitam. Kini, Samsung telah mengumumkan tambahan warna terbaru bagi Galaxy A24 iaitu warna Perak bagi menggantikan warna Merah Gelap sedia ada.

Warna Perak akan tersedia dan boleh didapati pengguna bermula 1 Jun ini. Oleh itu, bagi sesiapa yang inginkan Galaxy A24 dalam warna merah gelap, anda perlu cepat untuk mendapatkannya sebelum tarkih tersebut.



Dalam masa yang sama, Samsung juga menawarkan promosi untuk setiap pembelian Galaxy A24. Bermula sekarang hingga 30 Jun 2023, setiap pembelian Galaxy A24 akan didatangkan bersama 1 tahun lanjutan waranti bernilai RM99 dan sarung telefon lutsinar bernilai RM79 secara percuma. Selain itu, Samsung juga menjamin kemaskini keselamatan selama 5 tahun dan kemaskini OS 4 kali.

Spesifikasi Galaxy A24

Galaxy A24 adalah sebuah telefon dalam kategori kelas pertengahan. Ia dipacu oleh cip Helio G99 bersama gandingan RAM 8GB dan storan 128GB. RAM boleh diperluas sehingga 8GB dengan adanya keupayaan RAM maya, menjumlahkan 16 GB yang boleh digunakan serta terdapat slot MicroSD membolehkan storan diperluas sehingga 1TB.



Di bahagian paparan, Galaxy A24 dilengkapi skrin Super AMOLED 6.5 inci beresolusi HD Penuh dengan kadar penyegaran 90Hz. Berbanding di skrin, pengimbas cap jari boleh didapati di dalam butang kuasa di sisi telefon. Memberi tenaga adalah bateri 5,000 mAh yang menyokong pengecasan pantas 25W melalui USB-C.

Beralih pada segmen pengimejan, terdapat sistem tri-kamera yang memuatkan kamera utama 50MP f/1.8 OIS, kamera ultralebar 5MP f/2.2 dan kamera makro F2.4. Untuk selfie, terdapat ruang bertakuk U yang menempatkan kamera 13MP f/2.2.

Ciri lain yang dilengkapi Galaxy A24 termasuk sistem bunyi mono, jek audio 3.5mm, sambungan Bluetooth 5.3, Wi-Fi dan 4G LTE.

Berkaitan harga, terdapat satu varian untuk Samsung Galaxy A24 dan boleh didapati pada RM999 untuk RAM 8GB dan storan 128GB. Jika anda berminat, anda boleh dapatkannya di laman web rasmi Samsung di sini.

Bacaan berkaitan

  • Samsung Galaxy A24 dilancar dengan sokongan OS setara Galaxy S23
  • Samsung Malaysia senaraikan peranti mampu milik Galaxy A14 di laman rasminya
  • Galaxy A14 5G, solusi Samsung untuk telefon 5G paling mampu milik
Tags: Galaxy A24samsungsamsung galaxy a24
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Samsung Galaxy A24 dilancar dengan sokongan OS setara Galaxy S23

Samsung Galaxy A24 diberi warna baru, ada promosi dengan setiap pembelian

29 May 2023
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER