• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

[ KEMASKINI ] Internet CelcomDigi Fibre tergendala di seluruh negara, punca kerosakan jadi tanda tanya

  • OLEH Najib
  • 5:21 pm
  • 16/06/2023
  • Komen
[ KEMASKINI ] Internet CelcomDigi Fibre tergendala di seluruh negara, punca kerosakan jadi tanda tanya
Share on FacebookShare on Twitter

[ KEMASKINI 16/06/2023 23:10 ]  Digi memaklumkan, masalah telah dibaiki dan semua fungsi sudah kembali seperti biasa.

sumber

Jika anda pengguna CelcomDigi Fibre dan berhadapan masalah dengan internet, anda tidak keseorangan. Facebook rasmi Digi mengesahkan terdapat gangguan untuk perkhidmatan jalur lebar tetap mereka di seluruh negara.



Dalam balasan kepada komen pengguna di media sosial pada pukul 2.50 petang tadi, mereka menjangkakan masalah akan siap dibaiki dalam masa 4 jam. Di komen yang lain pula, mereka turut menyatakan sedang bekerja rapat dengan TM untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Di Facebook, ramai pelanggan CelcomDigi Fibre di seluruh negara melaporkan masalah berkaitan ketiaadaan internet, termasuk di Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah. Kami telah menghubungi CelcomDigi untuk mendapatkan maklumat lanjut untuk mengetahui punca kerosakan dan penyelesaian yang dijalankan.



Pelan Fibre adalah produk pertama hasil gabungan CelcomDigi. Mereka menawarkan diskaun jika melanggan pelan Fibre bersama pelan mudah alih Celcom atau Digi. Pelanggan yang layak, boleh melanggan pelan Fibre 300Mbps pada harga RM100/bulan. Malah, turut disediakan pakej tambahan seperti TV pintar dari serendah RM64/bulan.

Dalam laporan suku pertama 2023 CelcomDigi, mereka mencatatkan jumlah pelanggan Fibre sebanyak 107,000 orang.

[Sumber: Digi]

Bacaan Berkaitan

  • CelcomDigi Fibre, pelan jalur lebar tetap tawar diskaun sangat menarik untuk pelanggan dan bukan pelanggan
  • Akses 5G percuma CelcomDigi dilanjut sebulan lagi, lancar pas 5G Booster dengan kuota tambahan
  • CelcomDigi umum lepaskan ekuiti dalam DNB selepas Malaysia umum model dwirangkaian 5G
Tags: celcomCelcomDigiCelcomDigi Fibredigi
Najib

Najib

POPULAR

[ KEMASKINI ] Internet CelcomDigi Fibre tergendala di seluruh negara, punca kerosakan jadi tanda tanya

[ KEMASKINI ] Internet CelcomDigi Fibre tergendala di seluruh negara, punca kerosakan jadi tanda tanya

16 June 2023
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

4 August 2026
Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

3 August 2026
Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

31 July 2026
Pemanas air segera Rubine ini cuma 45mm tebal, rekod paling nipis di Malaysia

Pemanas air segera Rubine ini cuma 45mm tebal, rekod paling nipis di Malaysia

31 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN